Jumlah Pengunjung

Monday, 22 July 2013

BILA MELAYU KATA TAK APA LAH PADA CINA !!! APA DAH JADI SEKARANG ???




Sindrom tak apalah….(Sinar Harian 22.7.13) oleh RIDHUAN TEE

Saya amat tidak faham, kenapa kita tidak bertindak secara agresif terhadap orang-orang yang secara jelas dan sengaja menghina Islam. Nama-nama seperti Melissa Gooi yang menghina nabi Muhammad SAW dan pasangan Tan Jye Yee (Alvin), 25 dan Vivian Lee, 24, yang sengaja memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Pasangan ini telah memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh (sup herba babi) di Facebook, dengan menulis kapsyen "Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh ...wangi, enak dan menyelerakan, serta meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. Saya tidak nampak ia dilakukan secara tidak sengaja.

Penghinaan di alam siber ini, bukan perkara baru. Selain daripada media sosial berbahasa Melayu dan Inggeris, banyak lagi penghinaan dilakukan, terutama media sosial bukan Melayu. Jika tidak percaya, cubalah masuk tengok. Pasti akan ada penghinaan terhadap Islam yang lebih buruk daripada itu. Ini tidak termasuk penghinaan terhadap kalimah Allah.

Ironinya, bila mereka minta maaf, kita pun kata: tak apalah…mereka belum dewasa lagi. Masa mereka masih panjang. Persoalan saya, bagaimana nasib anak muda yang merengkok dalam penjara atas dakwaan cuba membakar gereja?

Produk yang lahir ini adalah sebahagian daripada produk sekolah ultra kiasu. Kita gagal untuk melahirkan rakyat yang berjiwa Malaysian seperti yang dicanangkan oleh parti DAP, yang kononnya mereka berjiwa sedemikian. Inilah akibatnya apabila subjek seperti sejarah, kenegaraan, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, ditolak mentah-mentah oleh kita semua.

Pada kita, semua itu tidak penting. Paling penting adalah pembangunan ekonomi dan negara cepat membangun. Kita tidak mahu fikir soal produk yang lahir. Sejauh mana semangat patriotism dan semangat cintakan negara itu wujud? Dalam kepala kita mahu menunjukkan lagak pandai menguruskan ekonomi negara. Seolah-olah itulah segala-galanya. Tak apalah… mereka tidak faham, mereka bukan Islam.

Kita tidak pernah mahu belajar daripada sirah nabi Muhammaad SAW. Nabi amat tegas dalam melaksanakan agenda Islam, tanpa menganiaya bukan Islam. Lagipun negara ini, negara Islam. Sudah tentu kita ada hak di tanah sendiri. Apa yang perlu ditakutkan. Kecualilah umat Islam berada di negara bukan Islam.

Paling tidakpun, tinjau-tinjaulah negara-negara seperti China dan Korea Utara. Bagaimana mereka membina negara? Bagaimana negara ini boleh ‘survive’ dalam keadaan ditekan begitu hebat oleh barat?

Jiwa rakyat mereka begitu kental. Walaupun hidup serba sederhana, mereka tetap setia mempertahankan negara tercinta daripada diganggu-gugat oleh kuasa asing. Mereka tetap kuat, walaupun tidak ‘berapa maju’ kononnya. Pada saya, negara ini sebenarnya telah lama maju. Jika tidak, mereka tidak akan mampu mengeluarkan senjata nuklear yang amat ditakuti barat. Orang Cina Islam, diberi pilihan, tinggal di sini atau keluar atau dibunuh. Suka atau tidak, mereka terpaksa menjunjung ideologi komunis.

Persoalannya, kenapa mereka begitu berjaya. Rakyat mereka celik sejarah dan kenegaraan. Setiap rakyat dipaksa untuk faham perkara ini. Suka atau tidak, mereka mesti ikut apa jua undang-undang dan peraturan negara ini.

Kita pula bagaimana? Atas nama demokrasi, kita terus bermain dan membiarkan. Tindakan tidak pernah tegas. Kena pada orang Melayu, bukan main lagi tegas kita. Tetapi kepada bukan Melayu, diugut sedikit, kita sudah cair.

Kini, kemasukan pelajar ke matrikukasi dan IPTA dipertikaikan oleh parti-parti bukan Melayu. Ingat saya bertanya pula, berapa ramai pelajar Melayu yang dimasukkan di UTAR dan universiti yang dimiliki oleh parti politik bukan Melayu. Hak kita, semua mereka mahu. Hak mereka, mereka sahaja yang dapat. Cuba siasat berapa banyak biasiswa yang disediakan oleh UTAR untuk pelajar-pelajarmereka.

Kita perlu ingat bahawa sedikit pengurangan pelajar Cina dan India kerana mereka ada universiti masing-masing. Inilah akibatnya apabila kita meluluskan universiti berasaskan parti politik dan universiti swasta.

Umum mengetahui, ramai kalangan bukan Melayu yang berada, menghantar mereka anak mereka ke IPTS atau keluar negara. Pelajar miskin yang cemerlang, sudah pasti mendapat tempat di IPTA. Ini tidak termasuk mereka yang awal-awal lagi telah ditawarkan oleh universiti kaum masing-masing. Hak Islam (Melayu) sedikit itulah yang ingin direbut.

Jika kita campur-campur nanti, saya amat yakin, pelajar bukan melayu paling ramai mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ada kalangan pelajar bukan Melayu menarik diri apabila ditawarkan ke matrikulasi. Kejadian ini berlaku di tempat anak saya belajar.

Saya bersetuju, untuk meramaikan pelajar bukan Melayu masuk ke IPTA, jika bukan Melayu berjaya memandaikan anak-anak dalam bahasa Melayu (BM) dan mendapat keputusan yang baik. 

Ini tidak, yang gagal BM pasti akan mendapat tempat di IPTS dan universiti kaum mereka. Cuba tanya pelajar Melayu adakah mereka yang tidak mendapat kredit BM dalam SPM layak mendapat tempat di UiTM? Peliknya, tidak adapun parti politik Melayu atau orang Melayu bersuara. Adakah semua Melayu mendapat tempat di IPTA? Inilah akibatnya sindrom tak apalah…




No comments:

Post a Comment

Member BSK