Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
(Al-A'raaf :16)
Dendam iblis pada anak-anak Adam memang tidak pernah padam sejak dari hari dia disumpah menjadi laknatullah hinggalah ke hari kiamat kelak. Iblis akan cuba menyesatkan sesiapa sahaja dan seramai mungkin manusia untuk menemannya di dalam neraka nanti. Di bawah ni adalah kisah iblis yang ingin menguji iman seorang lelaki yang bernama Idris a.s, seorang rasulullah..
Satu hari, nabi Idris a.s sedang duduk menjahit pakaian baginda seorang diri. Tiba-tiba, datang iblis menyerupai seorang lelaki dan bertemu baginda dengan membawa sebiji telur. Lelaki itu berdiri hampir dengan nabi Idris a.s dan bertanya sesuatu sambil menunjuk telur itu pada baginda, "Wahai Idris, adakah tuhanmu dapat memasukkan dunia ini ke dalam telur yang aku pegang ini?"
"Datanglah dekat padaku." kata nabi Idris a.s padanya.
Setelah dia berdiri rapat dengan nabi Idris a.s, baginda berkata lagi, "Tanyakan semula soalanmu tadi padaku."
"Wahai Idris, adakah tuhanmu dapat memasukkan dunia ini ke dalam telur yang aku pegang ini?" tanya iblis yang menyamar sebagai lelaki tadi lagi.
"Tuhanku berkuasa atas apa sahaja. Jika Dia kehendaki, bukan sahaja Dia dapat memasukkan dunia ini ke dalam telur, malah Dia juga mampu memasukkan dunia ini kedalam lubang jarum milikku ini." jawab baginda.
Nabi Idris a.s dengan pantas terus menusuk jarum yang ada pada tangan baginda ke mata iblis tadi. Baginda sebenarnya dengan izin Allah swt telah mengenal lelaki tadi sebagai iblis sejak awal-awal lagi.
Iblis yang terkejut dengan tindakan nabi Idris a.s itu terus beredar meninggalkanbaginda sambil menahan kesakitan pada matanya dan dia akibatnya dia menanggung buta sebelah mata sejak dari hari itu. Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment