Kecoh... Entah sapa la punya kerja yang cuba melagakan Menteri Belia dan Sukan dengan bekas perdana menteri kesayangan rakyat malaysia sekarang ni. Apa tidaknya, KJ difitnah kerana membatalkan PROGRAM BICARA TOKOH BERSAMA TUN MAHATHIR.
Mereka juga menfitnah kononnya KJ takut kepada aura Tun M yang membayangi setiap tindakannya.
Tetapi hakikat sebenarnya berita yang aku dapat sebenarnya program itu tidak dibatalkan, cuma program tersebut di tangguhkan sahaja ke satu tarikh yang baru. Malah, pejabat Tun M sendiri telah dimaklumkan tentang penangguhan tersebut dan tarikh baru telah di pohon mengikut masa dan kelapangan Tun M sendiri.
SEMENTARA ITU, KJ DALAM PAGE FACEBOOKNYA TELAH MENAFIKAN TOHMAHAN TERSEBUT YANG LEBIH BERNIAT NEGATIF DENGAN CUBAAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN BELIAU DENGAN BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA TERSEBUT.
Seperkara lagi yang saya nak jelaskan. Ada rakan-rakan yang tanya saya tentang program anjuran International Youth Centre (IYC) yang dibawah pengelolaan KBS. Program yang dimaksudkan itu adalah Bicara Wawasan bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ada cerita yang tersebar dalam FB bahawa saya telah mengarahkan program itu dibatalkan. Tuduhan itu tidak benar sama sekali.
Saya difahamkan program itu hanya ditangguh kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Saya tidak terlibat langsung dalam keputusan penangguhan ini.
Saya minta kepada semua, janganlah buat andaian atau spekulasi tentang perkara ini. Saya tiada apa-apa niat untuk menghalang program-program yang memberi faedah kepada orang muda, terutamanya majlis ilmu yang disampaikan oleh seorang negarawan.
Saya masih menaruh harapan yang tinggi bahawa YABhg akan bersama dengan IYC untuk menyampaikan amanat beliau dalam masa yang terdekat.
Jangan melagakan orang sebab tidak ada kerja lain. Ini masa untuk kita kerja, bukan masa untuk bergaduh.
Ingat cakap orang lama (ini favourite MB NS): Bila antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung juga yang kenyang.
APA NAK JADI DUNIA SEKARANG!!!
KHABAR ANGIN DAN CAKAP-CAKAP KOSONG TANPA ASAS DAN BUKTI YANG KUKUH DITERIMA DAN DIJADIKAN BAHAN UNTUK DISEBARKAN...
BAGI AKU TINDAKAN MEREKA INI MENYEBARKAN FITNAH LEBIH BERSIFAT PERIBADI DAN DENDAM. RASA TIDAK PUAS HATI JUGA MUNGKIN ADA SELEPAS MELIHAT KJ MASIH BERTAHAN WALAUPUN TERUK DIHENTAM OLEH GOLONGAN-GOLONGAN TERTENTU.
APA PUN, AKU MELIHAT DALAM TEMPOH SEBULAN LEBIH KJ MENERAJUI KBS NI... BANYAK JUGA TEGURAN-TEGURAN "MEMBINA" DALAM MEMBANGUNKAN SUKAN SERTA BELIA YANG DILAKUKAN KJ.
HARAP TEGURAN-TEGURAN ITU DAPAT DIJELMAKAN MELALUI TINDAKAN SUSULAN.
APA PUN, "AURA" KJ KETIKA INI BEGITU DIRASAI OLEH ANAK MUDA. LIHAT SENDIRI JUMLAH FOLLOWER ATAU LIKE DI FACEBOOK. RASANYA SELEPAS YAB PM, KJ ANTARA MENTERI YANG DIIKUTI RAMAI KHUSUSNYA OLEH ANAK MUDA.
TERUSKAN PERJUANGAN YB!!!
No comments:
Post a Comment