BUENOS AIRES, Argentina 30 Julai -Seorang jurugambar sebuah majalah selebriti membuat laporan polis mendakwa dia ditendang oleh pemain legenda Argentina, Diego Maradona.
Jurugambar majalah `Gente' itu, Enrique Medina mendakwa kejadian itu berlaku di luar rumah bapa kepada legenda terbabit pada malam Ahad lalu.
Medina memberitahu, Maradona meluru ke arahnya dan menendangnya seolah-olah seperti sedang mengambil sepakan bebas.
Sepakannya Maradona itu telah mengenai pangkal paha jurugambar terbabit.
Maradona sebelum ini selalu merungut pihak media sering mengekorinya terlalu rapat dan menimbulkan rasa tidak senang. - Agensi
No comments:
Post a Comment