Gua tak tau
nak kata, terlalu banyak ustaz dan ustazah segera timbul satu persatu.
Ada berbagai latarbelakang termasuklah artis yang dah tak laku.
Persoalan timbul, siapa yang tauliah diorg ni, gua pun tak tau. Tapi
yang pastinya, masuk je Parti PAS, semacam tauliah untuk diorg ni
berceramah dan memberi fatwa yang bukan-bukan. Mana le deme belajo
tidak diketahui. Ada latarbelakang bekas artis ni pun menjijikkan, pun
boleh fatwa, boleh kafirkan orang lain. Dah kira hebat la tu!
Lepas ni gua
pun tak heran, kalau ada pulak artis masuk PAS jadi ustaz dan ustazah
segera pulak, sebab PAS boleh tauliahkan diorg ni mengajar agama dan bagi
fatwa. Lumayan jugak hasil pendapatan diorg ni, lebih daripada
pendapatan semasa jadi artis dulu-dulu. Bukan susah pun, pergi ceramah,
jadi pelawok sikit-skiti, buka sikit ayat Al-Quran dan Hadis, keluarkan
fatwa. Duit diorg kutip pakai Tin MILO je. Gua dengar-dengar diorg
boleh dapat dari hasil ceramah ribuan ringgit semalam. Lumayan beb!.
Boleh beli ferarri la lepas ni kot.heeeee...
KUANTAN:
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob meminta Adun di setiap kawasan
memantau kehadiran `ustaz dan ustazah segera’ untuk memastikan keadaan
itu dapat dikawal.
Adnan berkata,
kemunculan golongan terbabit yang tidak dibekalkan ilmu tinggi dalam
agama, tetapi giat menyampaikan ceramah berdasarkan pengalaman selepas
berhijrah harus dipantau.
Menurutnya,
aktiviti golongan terbabit boleh disifatkan bertujuan mencari makan
(meraih pendapatan) walaupun tidak mempunyai ilmu agama secara formal
untuk membimbing masyarakat.
“Oleh itu, saya
harap Adun memantau keadaan ini supaya tidak berlaku penyelewengan
akidah dan sebagainya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk
Shahaniza Shamsudin (BN Kuala Sentul).
Terdahulu,
Adnan menjawab soalan Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing),
mengenai fahaman liberalisme dan pluralisme yang mengancam agama Islam
termasuk agama lain.
Adnan berkata,
keadaan itu disebabkan mereka liberal dan tidak mahu terikat dengan
mana-mana ajaran serta hukum-hakam agama masing-masing.
“Fahaman
terbabit menganjurkan pengikutnya terutama umat Islam supaya membebaskan
diri daripada kepercayaan, peraturan dan undang-undang Islam yang
menjadi asas keimanan serta ketakwaan kepada AllahSWT.
“Pada masa
sama, fahaman mereka menghalalkan pergaulan bebas, perkahwinan sejenis,
perbuatan murtad dan segala bentuk kemungkaran lain kononnya atas nama
individu serta hak asasi manusia,” katanya.
Beliau berkata,
jika dibiarkan menular, perkara itu akan menyebabkan berlakunya keadaan
apabila masyarakat tidak lagi menjalani kehidupan berasaskan panduan
dan pedoman agama,” katanya.
sumber cerita DARI SINI...
No comments:
Post a Comment