Jumlah Pengunjung

Sunday 2 December 2012

PEMBANGKANG TERSILAP FITNAH FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS !!!


FGV raih RM9 bilion tempoh 9 bulan


Pertumbuhan kukuh didorong jualan minyak sawit mentah

FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berada pada landasan kukuh untuk mengakhiri tahun kewangan pertamanya sebagai syarikat senaraian awam dengan nada memberangsangkan apabila meraih pendapatan RM9 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2012.
Ia adalah peningkatan 61.9 peratus berbanding RM5.58 bilion yang diraihnya dalam tempoh sama tahun lalu.

Struktur kami sebagai kumpulan minyak sawit bersepadu sepenuhnya bagaimanapun memberikan kami fleksibiliti untuk bertindak balas terhadap perubahan pasaran jangka pendek," Sabri Ahmad, Presiden FGV

Pertumbuhan kukuh itu didorong hasil jualan minyak sawit mentah (MSM) sebanyak RM4.68 bilion, menyumbang 51.8 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatannya.

FGV, yang juga adalah pengeluar MSM terbesar dunia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 3.3 juta tan setahun, bagaimanapun mencatat keuntungan bersih lebih rendah, iaitu RM900 juta berbanding RM1.5 bilion yang diraihnya pada tempoh sama 2011.

Keuntungan lebih rendah dalam tempoh dikaji itu disebabkan bayaran pajakan tanah dan perkongsian keuntungan dengan FELDA seperti dalam Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) membabitkan 347,584 hektar, di samping penyusutan dalam harga minyak MSM.

Mengulas mengenai prestasi itu, Presiden FGV, Datuk Sabri Ahmad (kiri), menyifatkannya sebagai sangat menggalakkan di sebalik persekitaran semasa industri minyak sawit global.

Jangka pendek

“Seperti peserta perladangan lain, (prestasi kewangan) FGV turut dipengaruhi kedudukan harga komoditi yang lebih rendah. Struktur kami sebagai kumpulan minyak sawit bersepadu sepenuhnya bagaimanapun memberikan kami fleksibiliti untuk bertindak balas terhadap perubahan pasaran jangka pendek,” katanya dalam taklimat media sempena pengumuman keputusan kewangan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Sejajar dengan arah aliran semasa industri, kumpulan perladangan antara yang terbesar di dunia itu terpaksa berdepan harga MSM lebih rendah tahun ini iaitu sekitar RM3,000 satu tan berbanding RM3,330 satu tan yang dicatatkan tahun lalu.

Dalam tahun kewangan semasa, jumlah pungutan buah tandan segarnya juga menurun kepada 3.47 juta tan daripada 3.83 juta tan tahun lalu.

Pernyusutan permintaan

Walaupun berdepan beberapa faktor negatif pasaran, Sabri berkata, kumpulan itu tetap mencatatkan peningkatan prestasi merentasi pelbagai sektor perniagaannya.

Ia termasuk peningkatan dalam segmen perniagaan gula yang menjana pendapatan RM1.69 bilion, di sebalik penurunan tujuh peratus dalam jumlah jualan disebabkan oleh penyusutan permintaan daripada pelanggan industri, yang diimbangi oleh peningkatan dalam harga jualan gula halus.

Bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan FGV, Sabri berkata, kumpulan komited untuk merealisasikan strategi pertumbuhan jangka panjang, iaitu mengembangkan perniagaannya sebanyak lapan kali ganda dalam tempoh lapan tahun ini meskipun dalam keadaan ekonomi global yang masih tidak menentu, cuaca yang mencabar dan arah aliran harga komoditi yang lebih rendah.

Sabri berkata, dalam tempoh terdekat ini, FGV akan membelanjakan RM270 juta setahun untuk menanam semula 15,000 hektar bagi mengimbangi profil ladang.

Beliau berkata, FGV juga akan mula menanam sawit seluas 15,000 hektar di Kalimantan Barat, Indonesia pada suku pertama tahun depan sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menjadi peserta perniagaan tani terkemuka dunia menjelang 2020.

No comments:

Post a Comment

Member BSK