Jumlah Pengunjung

Saturday 8 December 2012

PERBEZAAN ARTIS IKHLAS BERUBAH DENGAN ABBY ABADI !!!


Artis yang merupakan seorang pelakon, Yatt Hamzah sering dilihat hadir ke majlis-majlis tertentu dengan lengkap berpakaian menutup aurat ditambah dengan sentiasa bersarung tangan.

Ekoran berpenampilan dengan sarung hitamnya, ada pihak-pihak tertentu yang memanggil Yatt sebagai ustazah.

Dengan gelaran yang diberikan, Yatt tidak menafikan dia terasa hati dengan persepsi tersebut kerana mungkin umum tidak memahami pendirian dan perubahan yang dirinya alami.

Kata Yatt yang dipetik dari Sinar Harian, ada tujuan kenapa dia sentiasa memakai sarung tangan hitam.

“Memang saya terasa hati dengan gurauan itu. Kenapa mereka perlu melabelkan saya sebegitu? Mungkin mereka masih tidak memahami pendirian dan perubahan ini.

“Ada juga sesetengah golongan bukan muhrim yang sengaja mahu menduga saya dengan menghulurkan salam,” kata Yatt.

Walaupun dilabelkan sedemikian, Yatt ikhlas dengan perubahan diri yang dialaminya.

Dia mahu orang ramai mengerti dan memahami dirinya tetap seperti dahulu.

Cuma, pegangan hidup Yatt sahaja yang berubah sejajar dengan tuntutan syariat Islam.

“Sebab itulah saya sentiasa memakai sarung tangan untuk mengelak daripada bersentuhan. Namun, apa yang pasti, saya masih Yatt yang dahulu, hanya pegangan sahaja yang berubah,” kata Yatt.

Bercerita mengenai perjalanan kerjaya lakonannya, Yatt sekarang ini dilihat jarang membintangi drama-drama tempatan.

Ibu kepada seorang anak itu menjelaskan banyak tawaran yang diterima tidak sesuai dengan penampilan barunya ketika ini.

Pun begitu, Yatt bersyukur kerana masih lagi mampu mencari rezeki melalu bidang seni yang lain.

“Banyak watak tidak bersesuaian dengan imej dan pendirian saya. Jadi, ia secara tidak langsung mengekang diri saya untuk terus berlakon.

“Bukan tiada langsung, masih ada, tapi kurang. Tapi, saya tetap bersyukur kerana saya mampu mencari rezeki dengan cabang seni lain seperti menghadiri ceramah sebagai tetamu jemputan,” terang Yatt.


p/s: Ebbi tak kisah pun bila orang panggil dia Ostazah.. Malah Ebbi lagi suka tauuu.. Yatt ni perli Ebbi ke ?? Huhuhuhu...

sumber dari sini...

2 comments:

  1. yang ni walau kurang tawaran tapi masih ada cuma terpaksa ditolak. yang lagi seko tu susah orang nak bagi tawaran. kang habis sema hal dalam kain kat tempat shooting dia bongkar. Kalau betul tu takpa juga. hehehe

    GEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara di TENDANG TERAJANG

    ReplyDelete

Member BSK