Sejak bergambar bogel dalam internet, nama bloger dari Mesir yang juga
bekas penuntut universiti berusia 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy terus
menjadi sebutan bukan sahaja di Asia Barat malah hingga ke peringkat
antarabangsa yang terkejut dengan keberaniannya berbuat demikian.Selain
menerima kecaman dan makian, twitter milik gadis berkenaan telah
dikunjungi lebih sejuta kali sementara jumlah pengikutnya pula meningkat
dengan mendadak dari hanya beberapa ratus kepada 14,000 orang.
Tindakan beraninya yang tidak bermaruah itu terutama bagi gadis yang
dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam turut mendapat liputan
media antarabangsa.Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak
beragama, telah menetap bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak lima
bulan lalu.
Kareem, pada 2006 telah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mengkritik
Islam dan memfitnah bekas Presiden Hosni Mubarak.Dalam temubualnya
dengan CNN, Aliaa memaklumkan dia bersetuju bergambar bogel dan
memuatnaik dalam twitternya kerana dia tidak mahu menjadi seorang wanita
dalam masyarakat yang disifatkannya hanya menjadikan wanita sebagai
objek seks semata-mata.“Ia adalah satu ekspresi terhadap diri saya. Saya
berbogel kerana ini dilihat dari sudut yang berbeza dan saya juga
sukakan seni dan saya juga bukan orang yang percaya bahawa kita perlu
berkahwin semata-mata untuk mendapat anak,” katanya.
Ditanya bagaimana perasaan kedua-dua ibu bapanya yang beragama Islam
mengenai penampilan bogel dan menetap bersama teman lelaki tanpa
berkahwin, Aliaa berkata, kali terakhir dia bercakap dengan mereka ialah
24 hari lalu.
“Mereka ingin menyokong saya namun mereka menuduh Kareem telah
memanupulasi saya sedangkan dialah yang memberikan sokongan padu. Saya
berhenti daripada Univerisiti Amerika di Kaherah selepas ibu bapa saya
berusaha mengawal hidup saya dengan mengancam tidak akan membayar yuran
universiti,” katanya.
Dia juga mendakwa bapanya sentiasa benci melihat cara dia berpakaian
selama ini.Ketika ditanya sama ada dia mengamalkan seks yang selamat,
Aliaa tanpa malu dan segan menyatakan dia tidak mengambil sebarang pil
kerana dia anti pengguguran.
Malah dia dengan bangga menyatakan kehilangan dara ketika berusia 18
tahun dengan lelaki yang dicintainya yang 40 tahun lebih tua
daripadanya.Aliaa yang menerima ugutan sejak menyiarkan gambar yang
tidak bermaruah itu berkata, dia tidak takut dan sanggup hidup dalam
bahaya.
sumber cerita dari sini...
No comments:
Post a Comment