Hmm...
nampak gayanya masih lagi orang nak membesar - besarkan
cerita pasal Si
Bawang Ni ni. Mungkin diorang ni dah tak de cerita
lain kot. Jadi, meh
kita baca sikit apa ceritanya:
Masa yang dipilih oleh Bawani untuk mengajukan soalan
adalah satu perkara. Namun, satu lagi perkara yang tidak boleh diterima adalah nada dan kelakuan Bawani terhadap Syarifah.
Budaya timur tidak boleh menerima kelakuan buruk seperti itu, terutamanya kelakuan Bawani kepada seorang yang lebih berusia darinya.
Namun, Bawani hanyalah seorang pelajar, seorang wanita yang masih lagi muda yang masih lagi mentah, penuh dengan perkara yang mahu dilepaskan. dan sama seperti mana-mana golongan muda terpelajar, Bawani percaya bahawa dia adalah lebih arif berbanding orang lain, termasuklah, terutamanya, kerajaan dan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, dan dalam kes ini, Sharifah.
Syarifah bagaimanapun, gagal untuk mengawal provokasi yang dibuat oleh Bawani. Penulis percaya bahawa Syarifah mungkin mampu mengawal pelajar tersebut jika beliau lebih bersedia.
Sebagai moderator, Syarifah tidak bertanggungjawab untuk menjawab soalan, beliau bertanggungjawab terhadap masa, dan ketika itu, masa bagi forum tersebut telah tamat.
Kami faham bahawa bagi Sharifah, tindakan pelajar tersebut dalam melakukan provokasi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Atas sebab itulah beliau memberikan respon-respon yang tidak relevan. Namun, segalanya berubah dalam sekelip mata.
Kita dapat lihat bagaimana Youtube mampu mengubah kehidupan seseorang; dalam masa sekelip mata, Syarifah dianggap sebagai seorang agen kerajaan yang tidak sensitif dan bodoh sementara Bawani dianggap sebagai seorang hero.
Tiba-tiba, insiden tersebut bertukar menjadi isu politik, lengkap dengan elemen-elemen perkauman, pegawai kerajaan yang tidak bertauliah dan juga mangsa yang berani.
Soalan yang diajukan oleh Bawani bukanlah berbentuk 'killer question'. Penulis pasti Sharifah pasti mampu menjawab persoalan tersebut jika beliau berada dalam situasi yang berlainan.
Dengan segala fakta yang diberkan oleh bawani terhadap pendidikan percuma di beberapa negara, mungkin Bawani rasa bahawa dia adalah lebih besar daripada mana-mana kabinet kerajaan.
Namun, seperti apa yang penulis katakan, Bawani adalah seorang anak muda yang belum matang dan naif. Memerintah sebuah negara dan memberikan pendidikan percuma bukanlah semudah ibu bapanya memberikan wang belanja kepada dia dan adik-adiknya.
Bla...
bla... bla... macam - macam cerita orang boleh buat pasal Si Bawani
ni
sebenarnya. Tapi kesimpulan yang dapat dibuat cukup mudah.
Hakikatnya, Pakatan Pembangkang kecewa sebab isu berkaitan
dengan PTPTN tu tak membawa impak yang dikehendaki oleh mereka.
Diorang
sendiri terkejut dengan sambutan dari kalangan Mahasiswa
yang
kebanyakkannya menolak cadangan mereka sebelum ini
untuk menghapuskan
PTPTN.
Jadi, sebab
itulah diorang ni terdesak untuk terus menghangatkan
lagi isu tu agar
ianya kembali diperkatakan oleh rakyat Malaysia
yang dah menolak
cadangan tersebut.
Heck! Itu
semua dah memang dalam jangkaan. Puak - puak Pakatan
ni memang tak reti
bertanggungjawab dengan keGAGALan diorang sendiri.
Benda semudah itu pun
diorang tak boleh nak kawal. Macam mana nak
memerintah!!!
No comments:
Post a Comment