Jumlah Pengunjung

Wednesday, 9 January 2013

JEPUN PON KATA NIZAR JAMALUDDIN PENIPU !!!




Nizar Jamaluddin telah menimbulkan satu persoalan yang cukup menarik, tetapi gagal dimanfaatkan oleh para penyokongnya, sama ada untuk menambah ilmu pengetahuan atau memahami erti dan makna sesebuah peperangan.

Jepun merupakan antara kuasa tentera dunia pada tahun 1940-an. Kepantasan tenteranya selain perang saraf yang dijalankan oleh Jepun selama bertahun-tahun sebelum itu, selain pengkhianatan yang dilakukan oleh Thailand, membolehkan kedatangan Jepun ke Tanah Melayu diterima baik oleh sebilangan orang Melayu yang dilabelkan sebagai rakyat raja. Kedatangan tentera-tentera Jepun ke Tanah Melayu itulah yang sebenarnya yang mencorakkan politik republikan yang tidak lagi berpaksi kepada raja dan adat istiadat Melayu feudal, sebaliknya lebih condong kepada sosialisme, dan komunisme sepertimana yang cuba diperkenalkan oleh Mokhtaruddin Lasso.

Siapa Mokhtaruddin Lasso?

Barangkali ramai orang PAS dan PKR tidak pernah mengenalinya kerana mereka hanya mengenali Burhanuddin Helmi, Dzulkifli Ahmad, Ibrahim Yaakob, Muhammad Haji Ishak, Abu Bakar Bakir dan beberapa nama lain.

Anda hanya perlu menyemak sejarah penubuhan parti-parti siasah di Malaysia kerana kaitan Mokhtaruddin Lasso dengan KMM, PKMM, Putera-AMCJA dan PKM akan boleh dilihat selain cubaan memasukkan Malaysia di bawah Empayar Majapahit Baru yang diberi nama Indonesia pimpinan Sukarno.

Itulah yang gagal dimanfaatkan oleh Nizar Jamaluddin, sungguhpun dia merupakan antara yang tergolong cerdik di dalam PAS dengan kelulusan tinggi hasil daripada bantuan UMNO dan Barisan Nasional.

Dek kerana itulah, Nizar Jamaluddin cuba berbohong kononnya Kerajaan Jepun telah membayar gantirugi atau pampasan kepada para abdi landasan keretapi maut dari Thailand ke Burma pada kemuncak Perang Dunia Kedua dahulu.

Penafian yang dibuat oleh Kedutaan Jepun, sebenarnya menjelaskan tentang kecenderungan untuk memutarbelitkan fakta sebenar oleh para pemimpin yang lebih gemar melihat anak bangsa menjadi bodoh dan tidak kenal sejarah negara sendiri.



Baik Jepun yang menjajah Asia, Amerika di Filipina, Britain di serata benua, Itali di Libya, Sepanyol di Amerika Selatan, Portugal di Brazil dan Goa, Timur Leste serta Macau, Belanda di Indonesia, Belgium di Timur Tengah atau Perancis di Vietnam, tidak pernah ada pampasan dalam bentuk apa pun yang diberikan kepada negara-negara terjajah.

Justeru, apabila Nizar Jamaluddin menyatakan kononnya Kerajaan Jepun telah menyerah pampasan berjumlah RM207 bilion kepada Kerajaan Malaysia, ia merupakan satu pembohongan yang sangat jelas dan mengukuhkan lagi pandangan bahawa bekas Menteri Besar Perak itu mempunyai otak yang sangat berpenyakit.

Seperti yang kerap ditekankan, hanya golongan bodoh dan bebal sahaja yang akan mudah percaya dengan tohmahan-tohmahan sebegitu rupa sebelum berusaha meyakinkan orang ramai bahawa pampasan telah diberi tetapi Kerajaan Malaysia telah menggelapkan wang berkenaan.

Kesian sungguh!!!

BACA JUGA DI APA YANG TERSIRAT


No comments:

Post a Comment

Member BSK