Jumlah Pengunjung

Monday, 14 January 2013

KEBODOHAN PEMUDA PAS TERENGGANU ADA DISINI !!!


KUALA LUMPUR 12 Jan. - Tindakan Dewan Pemuda Pas Terengganu mempersoalkan penggunaan kalimah Allah dan Nabi Muhammad SAW dalam lagu kebesaran negeri serta logo-logo pasukan keselamatan jelas memperlihatkan tahap keilmuan mereka yang begitu cetek dan dangkal.

Selain itu, Ketua Program Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah turut menegaskan kenyataan itu semata-mata bermotifkan politik.
Ujarnya, jika bersandarkan ilmu, mereka sudah pasti berpendirian seperti mana ulama-ulama Pas sendiri antaranya Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang sehingga saat ini begitu konsisten memelihara kesucian kalimah Allah.
''Isu lagu, logo dan lambang sebenarnya berbeza dengan isu tuntutan penggunaan kalimah Allah secara rasmi oleh bukan Islam lebih-lebih lagi mereka begitu bersungguh-sungguh mahukan Bible bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah.
''Saya berani katakan ini merupakan niat jahat mereka semata-mata mahu mengelirukan umat Islam di sini,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pendirian Dewan Pemuda Pas Terengganu yang menyebelahi pucuk pimpinan Pas termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Antara hujah mereka ialah terhadap amalan penggunaan kalimah suci itu pada lagu kebesaran negeri serta pada logo-logo pasukan keselamatan antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mengulas lanjut, Mohd. Ridhuan Tee berkata, penggunaan kalimah Allah di dalam lagu kebesaran negeri serta pemakaian kalimah suci itu bersama kalimah Nabi Muhammad pada logo pasukan keselamatan di Malaysia ada sebab tertentu.
''Jawapannya adalah kerana amalan itu ada nilai sejarahnya tersendiri. Amalan itu juga menyentuh sensitiviti orang Melayu. Paling penting amalan ini mendukung institusi raja-raja yang telah terbentuk di negara kita sejak dahulu lagi ,'' ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Ridhuan Tee berkata, selama ini Bible versi bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin langsung tidak tertera kalimah Allah.
''Oleh itu, mengapa tiba-tiba mereka mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
''Cuba lihat Bible dalam bahasa Inggeris, apa yang disebut, apa yang tertera adalah tiga nama tuhan yang digunakan iaitu God, Yahweh dan Jehovah. Yang mana satu tuhan mereka? Di mana kalimah Allah?
''Sekali lagi saya berani menyatakan niat jahat mereka adalah untuk mengelirukan umat Islam di sini,'' katanya.



1 comment:

  1. Ingatkan cerdik sangat Pemuda2 PAS ni. Rupa2nya masih belajar ABC lagiii........

    ReplyDelete

Member BSK