Jumlah Pengunjung

Saturday 5 January 2013

KOO HAM BENGANG BILA SEMAKIN DI DESAK SEKARANG !!!


Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menafikan wujud tekanan daripada pimpinan parti itu supaya beliau membuat keputusan berhubung kedudukannya dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. (Upayapadu Plantation), syarikat yang didakwa mendapat projek pembalakan di Gua Musang, Kelantan.
Koo Ham menegaskan, laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa beliau diberikan tempoh sehingga hari ini untuk berbuat demikian hanyalah rekaan semata-mata.
“Laporan itu tidak betul dan ini semua rekaan. Dalam laporan itu tidak dinyatakan siapa yang beritahu. Tanya akhbar itu siapa sumber mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahli Parlimen Beruas itu mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini beliau diminta membuat keputusan berhubung kedudukannya dalam syarikat Upayapadu Plantation dalam mesyuarat Selasa lalu.
Menurut laporan itu, Koo Ham yang mengaku bersama sepupunya, Nga Kor Ming mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut diberikan tempoh sehingga hari ini untuk berbuat demikian.
Sumber akhbar itu juga menyatakan, sejak pendedahan penglibatan Koo Ham dan Kor Ming dalam syarikat itu, ramai ahli DAP marah dan bertanya sama ada parti tersebut kini menjadi ‘parti tauke’.
Ketika ditanya sama ada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ada bermesyuarat Selasa lalu bagi membincangkan penglibatan beliau dalam syarikat itu, Koo Ham menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
“Memang saya hadir mesyuarat Selasa lalu, tetapi CEC membincangkan isu lain di dalam parti. Saya tidak boleh buka cerita dalaman parti. Mungkin satu pengumuman mengenainya akan dibuat malam ini atau esok," katanya.
Blog Pisau.net sebelum ini mendakwa Koo Ham dan Kor Ming yang merupakan Setiausaha DAP Perak menerima tawaran tanah lebih 4,000 hektar di Kelantan sebagai balasan menerima Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas menjadi Menteri Besar pada 2008.
Selepas dokumen demi dokumen didedahkan kepada umum, Koo Ham akhirnya mengaku melabur dan mempunyai kepentingan dalam syarikat Upayapadu Plantation yang mendapat projek pembalakan di Kelantan manakala Kor Ming menjadi salah seorang daripada ahli lembaga pengarah.


No comments:

Post a Comment

Member BSK