Jumlah Pengunjung

Thursday 3 January 2013

NIK AZIZ TERIMA BALASAN ALLAH SEKARANG !!!


KOTA BHARU 2 Jan. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mesti bertanggungjawab terhadap kemelut pemberian tanah seluas lebih 4,000 hektar bernilai puluhan juta ringgit di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.
Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali berkata, rakyat Kelantan ingin tahu kedudukan sebenar perkara tersebut dan Nik Abdul Aziz tidak perlu menyembunyikan sebarang maklumat.
"Sebaliknya, jika betul dakwaan tersebut, MTRK mahu Nik Abdul Aziz menggunakan apa sahaja saluran yang ada bagi membatalkannya kerana tanah itu adalah milik rakyat Kelantan untuk diwariskan kepada generasi Melayu Islam masa hadapan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat yang mendapat projek pembalakan itu.
Baru-baru ini, blog Pisau.net mendedahkan kedua-dua pemimpin tersebut diberikan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Nik Abdul Aziz sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum 2008.
Namun, Nik Abdul Aziz menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP itu dan mendakwa berita tersebut adalah fitnah.
Mengulas lanjut, Azmi berkata, sekiranya benar tanah itu hendak dimajukan kerajaan negeri sepatutnya menyerahkannya kepada syarikat milik kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan anak-anak syarikatnya.
"Kenapa bagi orang lain, masih banyak lagi syarikat bumiputera atau syarikat milik kerajaan negeri sendiri yang boleh memajukan tanah tersebut," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar), Kamaruddin Mohd. Kasim pula berkata, kemelut yang berlaku hanya menunjukkan syarikat milik kerajaan negeri dalam keadaan tenat sehingga tidak mempunyai sumber kewangan kukuh bagi memajukan sendiri tanah tersebut.
Beliau turut mempersoalkan kebijaksanaan pentadbiran kerajaan negeri dalam mencari dana bagi membangunkan sesuatu projek apabila bersikap ambil mudah menjual aset atau memajak tanah yang ada.
"Bukan sahaja Yayasan Islam Kelantan, tanah-tanah PKINK juga menggunakan modus operandi sama, lantik syarikat urus tanah, gagal, kemudian pajak kepada orang luar," katanya.


No comments:

Post a Comment

Member BSK