Jumlah Pengunjung

Thursday, 18 April 2013

ANWAR GAGAP BERDEPAN BEKAS KETUA PEMUDA PAS !!! kenape pulak....?




Penyandang kerusi Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Barisan Nasional (BN) membuat keputusan terbaik apabila meletakkan Dr. Mazlan Ismail sebagai lawan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Zahrain berkata, Mazlan yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri itu dianggap buku bertemu ruas apabila berhadapan dengan Anwar kerana beliau mengetahui 'selok-belok' sikap Anwar.

"Mazlan dahulu merupakan antara orang kuat Pas yang menyokong Anwar dan saya yakin dengan kesedaran yang ditonjolkan Mazlan, beliau mampu untuk menarik sokongan dalam kalangan penyokong Pas di Permatang Pauh.

"Jadi saya harap andai benar Anwar kononnya pemimpin hebat seperti yang dicanang sebelum ini, jangan lari bertanding di Parlimen lain," katanya selepas majlis memperkenalkan calon BN bagi Parlimen Bayan Baru dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung di Sungai Ara di sini malam tadi.




No comments:

Post a comment

Member BSK