Jumlah Pengunjung

Friday, 19 April 2013

RIDZUAN BANI DI UGUT AKAN DI PECAT DARI PKR !!!




Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tapah, Ridzuan Bani akan dipecat serta-merta daripada parti itu jika beliau meneruskan hasrat bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi PKR negeri, Dr. Muhammad Nur Manuty berkata, keahlian Ridzuan dalam PKR juga akan tergugur secara automatik sekiranya beliau diterima bertanding atas tiket bebas pada hari penamaan calon Sabtu ini.

"Kita akan pecat orang yang mengkhianati parti. Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah bagi tahu, sesiapa yang bertanding bebas akan dipecat," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon pakatan pembangkang di sini malam tadi.

Baru-baru ini, Ridzuan Bani mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Tapah kerana kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan parti memilih pemimpin Hindraf, K. Vasantha Kumar yang didakwanya tidak mempunyai sokongan akar umbi.






No comments:

Post a comment

Member BSK