Followers

L!VE TV WARTA RAKYAT

PESAN RASULLULLAH S.A.W

PESAN RASULLULLAH S.A.W

Jumlah Pengunjung

Sunday, 14 April 2013

PAKATAN TERPAKSA BUNUH SESAMA PAKATAN !!!




KERAPUHAN pakatan pembangkang antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang hanya diwujudkan atas dasar semata-mata mahu mengalahkan Barisan Nasional (BN) semakin jelas apabila sehingga ke hari ini, mereka masih gagal memuktamadkan pembahagian kerusi.

Walaupun pakatan itu sering kali mendabik dada bahawa kononnya sudah bersedia untuk mengambil alih peranan BN mentadbir negara, kemelut pembahagian kerusi yang gagal diselesaikan membuktikan pembangkang tidak boleh diletak harapan oleh rakyat.

Ini kerana dalam ujian pembahagian kerusi pun pembangkang sudah gagal mencari penyelesaian terbaik sehingga berlaku pertembungan sesama sendiri, apa akan terjadi jika ditakdirkan menang pilihan raya kelak, berlaku pula perebutan jawatan Perdana Menteri di antara mereka.

Kemungkinan itu tidak mustahil kerana Pas sudah memberi isyarat awal bahawa tidak semestinya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menawan Putrajaya, walaupun tindakan itu jelas tidak disenangi PKR dan DAP.

Dalam isu pembahagian kerusi, mengapa kemelut itu timbul dan gagal diselesaikan walaupun mereka sudah melancarkan manifesto sejak dua bulan lalu mudah difahami kerana ketiga-tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang mempunyai idealogi politik berbeza.

Perkara itu diburukkan lagi dengan sikap bongkak Anwar dan Timbalannya, Azmin Ali yang bertindak ala diktator dalam menentukan kawasan mana yang mahu ditandingi PKR, tanpa merujuk terlebih dahulu kepada rakan komponen sehingga berlaku pertelagahan di 15 kerusi Parlimen.

Terbaharu, Anwar mengakui isu pertelagahan kerusi turut berlaku di Sarawak dipercayai ada kaitan dengan ketidakpuasan hati DAP ekoran percubaan PKR mahu bertanding lebih banyak kerusi, sedangkan prestasi DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu jauh lebih cemerlang.

Bagaimanapun dalam sidang akhbarnya Anwar cuba memberi gambaran bahawa pertelagahan itu hanya melibatkan Pas dan DAP sahaja dan bukan PKR apabila berkata: "“Ada beberapa kawasan yang masih terlibat dalam pertindihan tuntutan antara DAP dan Pas".

Apa yang berlaku di Sarawak adalah susulan kepada siri pertelagahan yang dimulakan dengan perebutan kerusi Parlimen Galang Patah antara PKR dan DAP - akhirnya ia menjadi milik Lim Kit Siang menyebabkan Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng merajuk seketika.

Rentetan isu perebutan kerusi juga menyebabkan Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau; timbalannya, Norman Fernandez dan Setiausaha, Tan Chen Choon meletak jawatan ekoran pertelagahan kerusi Parlimen Segamat serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak dan Johor Jaya.

Selain Parlimen Gelang Patah yang menyaksikan 'perang terbuka' antara PKR dan DAP, perebutan kerusi juga berlaku di Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang apabila komponen parti dalam pakatan pembangkang masing-masing mendakwa calon mereka lebih layak bertanding.

Di Pahang misalnya perebutan kerusi Parlimen Bentong serta DUN Ketari dan Tanah Rata terjadi apabila PKR dipercayai tidak akan melepaskan kerusi Bentong jika DAP enggan bertolak ansur untuk menyerahkan kedua-dua kerusi DUN tersebut kepada parti itu.

Berbeza BN yang mana ikatan kerjasama itu diwujudkan demi memperjuangkan kemerdekaan negara menerusi amalan perkongsian kuasa secara adil sejak lebih 50 tahun lalu, tiada sebarang pertindihan kerusi berlaku walaupun dianggotai 14 buah parti komponen.

Pelayaran BN kali ini dilihat cukup lancar dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak selaku nakhoda tenang menyusun strategi sebelum memuktamadkan senarai calon yang dijangka diumumkan Isnin ini. -


No comments:

Post a Comment

Lu orang minat cerita ni jugak tak ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...