Mari kita ingat pasal DP Vijandran, Tan Sri Rahim Thamby Chik, S. Assamaley, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Chua Soi Lek.
Siapa mereka? Mereka semua dikaitkan dengan skandal seks dan karier politik mereka berkubur kemudiannya. Ya, ramai diantara kita tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan, kerana kita mahu mereka disebat, direjam dan kemudian diseret telanjang bulat di khalayak ramai sebab mereka adalah pemimpin yang tidak bermoral, kata kita.
Kita desak pelbagai suruhanjaya. Kita desak pelbagai siasatan dan kita desak mereka dihukum.
Kes skandal rakaman video aksi seks DP Vijandran menjadi hangat pada tahun 1989. Vijandran yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan bekas Setiausaha Agung MIC kemudian melepaskan semua jawatannya sebelum dijatuh hukuman pada 1996. Vijandran merayu dan menang tetapi karier politiknya berakhir.
Tan Sri Rahim Thamby Chik pula disabitkan kesalahan kerana kononnya mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur. Gadis itu membuat laporan polis terhadap 25 orang lelaki dan 11 daripada mereka di dapati bersalah. Pada tahun 1994, Rahim disahkan bebas dari sebarang pertuduhan seperti yang dihebahkan tetapi karier politiknya berakhir.
Tan Sri Abu Hassan Omar ketika menjadi Menteri Besar Selangor telah berdepan dengan khabar angin yang mengatakan beliau mempunyai anak luar nikah dengan kakak iparnya. Berita itu tersebar menerusi satu artikel dari tabloid di Indonesia. Abu Hassan meletakkan jawatan atas alasan kesihatan dan karier politiknya berakhir.
Pada 2007, Menteri Kesihatan Chua Soi Lek meletakkan jawatannya dan mengakui dia adalah lelaki di dalam video skandal seks di Johor. Chua Soi Lek tidak bertanding pada pilihanraya 2008 dan juga tidak akan bertanding dalam PRU Mei’13.
Pada pertengahan 1990 an, pembangkang meniup kencang khabar angin mengenai moral Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri. Pemimpin pembangkang dari PAS menggelarkan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai ‘al juburi’ dan menggesa siasatan dibuat. Timbalan Perdana Menteri itu ialah Anwar Ibrahim. Beliau dipecat dari menjadi Perdana Menteri dan kemudian dibuang dari UMNO.
Apa jadi kepada Anwar selepas itu?... TERUSKAN BACAAN DI KICKDEFELLA
No comments:
Post a Comment