Jumlah Pengunjung

Wednesday, 24 April 2013

FITNAH MUSTAFA ALI TEMPAH MAUT SENDIRI !!!


UMNO telah memfailkan saman terhadap Datuk Mustafa Ali, berhubung dakwaan yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang.

Saman itu difailkan oleh Datuk Abdul Rauf Yusof atas kapasiti Pegawai Awam bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan juga plaintif, melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Selain Mustafa, Abdul Rauf selaku pihak plaintif, turut menamakan peguam, Asmuni Awi dan Ketua Pengarang HarakahDaily.net, Zulkifli Sulong sebagai pihak defendan.
Pihak plaintif antaranya menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan dan injuksi serta menuntut permohonan maaf.






No comments:

Post a comment

Member BSK