Jumlah Pengunjung

Monday 15 April 2013

TERKINI... PAS BERI ALASAN TIDAK MAMPU LAKSANA HUKUM HUDUD !!!




Kerajaan Pas Kelantan memberi alasan tidak mampu melaksanakan hukum hudud kerana meluluskan undang-undang yang sudah diketahui 'terbatal' kedudukannya sejak awal lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana melangkaui bidang kuasa ditetapkan kepada sesebuah kerajaan negeri.

Jelasnya, bidang kuasa berkaitan jenayah berat terletak di bawah Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri mempunyai kuasa terhad serta tidak boleh menggubal sebarang undang-undang bertentangan undang-undang sedia ada di bawah Kerajaan Pusat.

“Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan sudah menyebut Perlembagaan itu adalah undang-undang paling agung di Malaysia dan mana-mana undang-undang yang dilulus mana-mana negeri yang bertentangan dengannya, maka adalah terbatal.

“Perlembagaan juga menyebut mana-mana undang-undang yang dilulus kerajaan negeri yang bertentangan dengan undang-undang Kerajaan Pusat, maka undang-undang kerajaan negeri akan terbatal dengan sendirinya, jadi hukum hudud yang kita luluskan itu sebenarnya batal mengikut Perlembagaan, tidak boleh dikuatkuasakan sama sekali," katanya.



No comments:

Post a Comment

Member BSK