Jumlah Pengunjung

Tuesday, 16 April 2013

HADI AWANG TERGAGAP-GAGAP SEMASA CERAMAH ISU MUSTAFA ALI !!!




Kira-kira 1,000 orang yang menghadiri ceramah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Paroi, dekat sini malam ini hampa apabila pemimpin utama parti itu langsung tidak menyentuh mengenai isu rakaman video seks yang memaparkan wajah lelaki mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Sebaliknya, Abdul Hadi menggunakan peluang bertemu dengan penyokong parti itu di negeri ini untuk menyampaikan kuliah agama sepenuhnya, sesuai dengan nama program itu, Kuliah Maghrib Pilihan Raya: Satu Tuntutan dan Kewajipan.

Kehampaan terpancar di kalangan hadirin apabila laungan takbir yang menjadi kelaziman kepada para penyokong Pas setiap kali ceramah parti itu diadakan kali ini tidak kedengaran pada akhir program yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu.

Dalam kuliah itu, Abdul Hadi memetik ucapan dasar Khalifah Abu Bakar as-Sidiq sebaik sahaja dipilih sebagai khalifah berikutan kewafatan Nabi Muhammad SAW.

"Antara lain beliau menyatakan jangan tutup kesalahan saya, dedahkan kesalahan saya, beritahu, sembunyikan kesalahan adalah bohong dan khianat.
"Tiadalah kaum yang meninggalkan sesuatu tugas untuk menegakkan Islam iaitu jihad melainkan Allah mengumumkan bencana ke atas mereka. Bencana dijajah oleh musuh, kezaliman, maksiat, jenayah, kenaikan harga barang, ekonomi, ini bencana kerana Islam tidak ditegakkan," katanya.

Sebelum mengakhiri ceramahnya, Abdul Hadi berkata, kewajipan yang sangat besar umat Islam dalam pilihan raya adalah untuk mengembalikan pemerintahan Islam.

Hakikatnya, pemerintahan Islam tidak terdapat dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diumumkan pakatan pembangkang baru-baru ini.


No comments:

Post a Comment

Member BSK