Jumlah Pengunjung

Monday, 15 April 2013

TERKINI...10 PETI UNDI PAS TELAH DI PROTES OLEH AHLI !!!




Sekurang-kurangnya 10 daripada 16 Unit Peti Undi (UPU) PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baharu tidak beroperasi berikutan protes secara senyap oleh petugas parti kerana tidak puas hati dengan pemilihan calon. 

Dalam keadaan sekarang, dengan penamaan calon hanya tinggal enam hari, persiapan PAS di kawasan DUN itu dilihat "lesu dan tidak bermaya". 

Jurucakap Ketua-ketua UPU berkenaan, Abu Rahim Embi berkata, sebab utama wujudnya 'protes senyap' yang dilakukan sebilangan besar anggota parti di DUN itu adalah faktor calon yang dicadangkan PAS Negeri Kedah tidak direstui banyak anggota parti. 

"Nama Yang Dipertua PAS Kulim/Bandar Baharu Hassan Abdul Razak dan Ketua Pemuda PAS Kulim/Bandar Baharu Khairi Salleh yang disebut-sebut antara nama calon dicadangkan pucuk pimpinan telah menimbulkan rasa berbelah bahagi di kalangan anggota parti dan penyokong sehingga kini," katanya pada sidang media di Kampung Permatang Simpor dekat sini hari ini. 

Beliau berkata, berbanding persiapan menjelang pilihan raya umum (PRU) 2008, keadaan ketika ini 'sejuk' kerana tenaga kerja parti yang sewajarnya muncul menjalankan tugas amat kurang. 

"Jika pada persiapan PRU12 lalu anggaran 200 hingga 300 orang tenaga kerja wujud di UPU berkenaan tapi kini 20 hingga 30 orang pun tidak muncul dan kebanyakan UPU seolah-olah ditutup," katanya. 



No comments:

Post a Comment

Member BSK