Jumlah Pengunjung

Sunday, 21 April 2013

PANAS... PENYOKONG DAP MAKI PEMIMPIN DAP !!!




Keputusan pucuk pimpinan DAP untuk menggugurkan Janice Lee yang merupakan penyandang kerusi DUN Teratai, rupa-rupanya tidak disenangi oleh wanita berkenaan. ADUN yang paling kuat bergaya dan merewang ke sana ke mari dan langsung tidak bekerja untuk rakyat, sebaliknya menipu dan memperdayakan sebahagian besar warga DAP Teratai dan Pandan, begitu kecewa apabila namanya digugurkan sehingga memilih untuk berhadapan dengan natijah terbesar iaitu DIPECAT oleh DAP kerana menjadi calon BEBAS.
Janice Lee bagaimanapun memberikan alasan yang dia mempunyai sokongan yang cukup besar dari kalangan penduduk tempatan, malah usahanya dengan menjadi calon BEBAS juga adalah kerana desakan daripada penduduk.
Itu kata Janice Lee yang tempatnya digantikan oleh Tiew Way Keng oleh DAP.
Sepanjang lima tahun berkhidmat sebagai ADUN Teratai, Janice Lee lebih banyak menimbulkan kontroversi berbanding menyelesaikan masalah rakyat. Keyakinannya bahawa dia akan terpilih sekali lagi sebagai calon DAP di DUN Teratai, membuatkan Janice Lee mengambil pendekatan sambil lewa sehingga menimbulkan pelbagai masalah di kalangan penduduk.
Perseteruannya dengan KRT Taman Putra dan beberapa KRT lain, bukan perkara asing di Teratai. Begitu juga dengan rungutan daripada para penjaja dan peniaga kecil di pasar Cina Taman Muda, langsung tidak diambil berat oleh Janice Lee.
Janice Lee terlalu kerap menganiaya dan menzalimi penggerai dan peniaga kecil Melayu dan India terutama sekali di Pandan Perdana dan Taman Muda. Walaupun DUN Teratai mempunyai komposisi masyarakat Cina sebagai majoriti, namun dengan Kampung Cheras Baru yang 99.99% adalah Melayu selain masyarakat bercampur-campur di taman-taman perumahan yang lain, tindakan yang dilakukan atas arahan Janice Lee itu telah merugikan DAP secara total.
Lebih daripada itu, Janice Lee sendiri pernah dihadapkan ke Lembaga Tatatertib DAP atas tuduhan menggelapkan wang peruntukan berjumlah RM30,000 semasa menjadi wakil rakyat. Manakala tuduhan menggelapkan wang berjumlah RM200,000 daripada derma ahli-ahli DAP untuk kewujudan sebuah sekolah Cina di Pandan Perdana, masih tidak dapat dijawab oleh Janice Lee.
Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Janice Lee, secara nyata wanita yang menjadi saingan dan musuh Teresa Kok itu, mengundang masa hadapan yang kelam dalam kerjaya politiknya apabila menjadi calon BEBAS.
Barangkali ramai yang menyangkakan, DAP seperti biasa akan mengambil sikap tongong dan bangang dengan memberikan pelbagai alasan untuk tidak memecat Janice Lee. Namun berdasarkan kepada permusuhan yang ditunjukkan oleh Teresa Kok, terutama dalam usahanya (baca seterusnya)





No comments:

Post a comment

Member BSK