Barangkali rakyat sudah lupa, akhbar Harakah pada tahun 2008 pernah menyiarkan sebuah wawancara berkenaan tentang wajib mendedahkan keburukan calon.
Dengan tajuk - 'Keburukan calon pemimpin perlu didedah' yang disiarkan selepas tamatnya Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) seolah-olah membenarkan tindakan pakatan haram menyerang dan mendedahkan perilaku buruk pemimpin BN ketika kempen pilihanraya.
Itu dahulu, namun kini mereka pula naik angin dan melarang perbuatan mendedahkan keburukan pemimpin ekoran terdedahnya sebuah video seks membabitkan Setiausaha Agung Pas, Dato' Mustafa Ali.
Lihatlah betapa hipokritnya Pas dalam berpolitik. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka boleh berubah dalam sekelip mata.
Jahatnya Pas, mereka tanpa soal siasat telah menuduh UMNO sebagai dalang penyebaran video seks itu. Sedangkan tiada bukti langsung penglibatan UMNO dalam kes video seks Mustafa Ali. Lagipun Mustafa Ali bukanlah pemimpin yang menjadi perhatian UMNO.
Dalam kes ini, Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan dengan menyerahkan sepenuhnya kepada peguamnya untuk ambil tindakan.
Namun jika dikaji, tindakan Mustafa itu seperti mengiakan bahawa beliau adalah individu yang dirakam melakukan aktiviti seks itu.
Jika beliau tidak bersalah, tindakan pertama yang perlu dilakukan oleh beliau adalah membuat laporan polis ataupun bersumpah bahawa individu itu bukan dirinya.
Ternyata, tindakan Mustafa Ali yang mendiamkan diri menguatkan lagi spekulasi bahawa beliau adalah individu itu.
Kepada mereka yang sudah menonton video itu, tidak syak lagi individu itu adalah Mustafa Ali sendiri.
Jadi soalnya sekarang, Mustafa perlu membuat keputusan, samada bertaubat dan mengundur diri atau memilih untuk menuduh UMNO sebagai dalang.
Jika Mustafa Ali memilih untuk menuduh UMNO sebagai dalang, beliau sebenarnya telah melakukan kesilapan besar.
No comments:
Post a Comment