Tak kiralah sama ada dari UMNO-BN atau Pakatan Rakyat, masalah utama sekarang ini yang perlu diselesaikan ialah barisan calon. Ada yang sudahmelompat. Ada yang sudah tepuk meja. Ada yang sudah tepuk dahi. Malah ada yangsudah tepuk buku akaun bank yang sudah kosong. Hanya segelintir sahaja yang tersenyum sampai ke telinga sambil berangan-angan dapat duduk di kerusi empuk dan bergelar YANG BERHORMAT tidak lama lagi.
Nak kata kat UMNO-BN, Pakatan Rakyat pun bercempera. Ada yang sudah naikbendera hitam. Ada yang sudah pasang dan pamerkan keranda. Ada yangpacak payung hitam. Tidak kurang juga ada yang sudah berkira-kira untuk keluar parti dan buat sidang media untuk tunjuk muka kat rakyat Malaysia, kononnya mereka ada ramai pengikut dan mampu mengubah pola pengundian.
Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor, merupakan antara negeri yang paling BERMASALAH untuk meletakkan calon-calon. Ada calon favour pemimpin tertentu, tetapi tidak digemari oleh akar umbi. Ada calon favour akar umbi, tetapi tidak disukai pemimpin tertinggi. Akhirnya mereka pun bergasak sesama sendiri.
Beberapa negeri sudah pun berkira-kira untuk mengisytiharkan barisan calon terakhir mereka seawal-awalnya pada hari Isnin nanti. PKR terlebih awal telah mengumumkan calon-calon Parlimen mereka di negeri-negeri tertentu. Hasilnya, ramai yang tidak berpuas hati dan banyak pula soksek-soksek di belakang. Malah ramai yang sudah keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan calon yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim.
DAP juga berhadapan dengan masalah yang sama dengan PKR. Namun pengurusan DAP lebih tegas dengan mengarahkan agar ahli-ahli DAP tutup mulut dan tidak mempersoalkan kuasa yang ada pada Lim Guan Eng dan LIm Kit Siang. Pemimpin-pemimpin DAP dari masyarakat India pula, diberi kata dua... TUTUP MULUT ATAU BERAMBUS KERANA DAP TIDAK MEMERLUKAN UNDI INDIA!
Namun sudah tentulah, walau seburuk dan sebenci mana pun, reaksi yang ingin diperhatikan dan ditontoni oleh seluruh rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang politik negara ini ialah, UMNO-BN. Apakah tindak balas tahun 2008 akan berulang lagi pada tahun 2013? Adakah akan berlaku undi protes, atau undi tikam belakang sepertimana yang berlaku di Kedah, Selangor dan Perak pada tahun 2008 dahulu berulang pada tahun 2013, terutama apabila sudah ramai yang memperkatakan, calon WINNABLE yang dikatakan, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar CALON FAVOURITE pemimpin tertentu, bukannya berdasarkan kemenangan dan penerimaan akar umbi pun!
Jangan terkejut kalau tiba-tiba yang tak lulus SPM tiba-tiba namanya naik dan menggantikan KELULUSAN IJAZAH KEDOKTORAN. Jangan juga terkejut kalau tiba-tiba nama si DREBAR naik menggantikan segala hierarki dalam UMNO Bahagian!
UMNO-BN tidak boleh gelakkan PKR mahupun DAP kerana benda yang sama juga berlaku dalam UMNO-BN. Sebaliknya UMNO-BN dan segala parti politik di Malaysia ini kena belajar daripada PAS bagaimana hendak mendidik ahli-ahli, pemimpin dan penyokong agar sentiasa bersikap WALA' dan sentiasa berpegang kepada prinsip PEMIMPIN PAS ADALAH TSIQAH.
Disebabkan itulah, walaupun dah terjojol depan biji mata pun, disebabkan tsiqahnya pemimpin PAS, terkeluarlah cerita bahawa semua itu lakonan UMNO semata-mata. Walaupun dah terbukti, PAS telah dikerjakan oleh PKR dan kumpulan Erdogan dalam PAS, yang tetap dituduh dan dipersalahkan adalah UMNO!
Sepatutnya semua parti politik di Malaysia belajar dari PAS!
No comments:
Post a Comment