Jumlah Pengunjung

Wednesday, 17 April 2013

PESANAN UNTUK PENGUNDI YANG TIDAK BODOH !!!





Pemimpin mencerminkan pengikut...

Benda ni, PAS yang ajar dulu. PAS yang sibuk sangat dengan MORAL para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. PAS yang sibuk dedah sana dedah sini tentang kelaku para pemimpin UMNO sehingga akhirnya PAS mengeluarkan pelbagai fatwa untuk menghalalkan tohmahan mereka.

Sekarang, telah terbukti, ramai pemimpin Pakatan Rakyat di mana PAS adalah sebahagian daripadanya, mempunyai bukti rendah moral, kaki zina dan penyokong serta pendokong Syiah.

Justeru, kalau benar anda beragama Islam dan mempercayai bahawa agama Islam adalah addin... jauhkan diri anda daripada calon-calon yang telah dikenalpasti mempunyai masalah moral yang sangat teruk, tak kiralah mereka dari parti mana sekalipun!

Mari kita bersatu hati dalam bab ini... jangan sesekali terpedaya dengan jubah, janggut dan serban. Sebaliknya perhatikan dengan teliti sama ada mereka yang bakal menjadi calon wakil rakyat nanti, benar-benar berperanan sebagai pemimpin, bukannya dari golongan yang hanya pandai bercakap, berjanji, berbohong, menfitnah dan bercakap yang bukan-bukan.

Kalau anda mahu negara ini selamat, jauhkan kepimpinan negara, baik dalam kerajaan mahupun dalam barisan pembangkang, golongan yang mahu menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang tercatat dalam sejarah yang terkena musibah kesan daripada KEJAHATAN KEMALUAN dan NAFSU SYAHWAT yang mengatasi syaitan dan haiwan sifatnya!!!


No comments:

Post a comment

Member BSK