Jumlah Pengunjung

Friday, 19 April 2013

STRATEGI NIK AZIZ UNTUK NIK ABDUH DALAM POLITIK !!!




Demi Anak, Nik Aziz Terus Bertanding PRU-13

Sekarang terjawablah sudah apa yang tersirat di sebalik kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini beberapa kali menyatakan kesungguhannya untuk bertanding pilihan raya sehingga akhir hayatnya.

Ia tidak hanya berlegar pada sifat kemaruk Nik Aziz pada kuasa dunia seakan mahu bertongkat langit sampai mati, sebaliknya mempunyai maksud lain juga melibatkan kepentingan darah dagingnya sendiri.

Apa lagi kalau bukan untuk memastikan anak lelaki kesayangannya, Nik Abduh yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat benar-benar terjamin kedudukan dan tempat selamat untuknya sebagai calon rasmi PAS dalam PRU-13.

Bagi Nik Aziz legasinya perlu diteruskan untuk itu walau dalam keadaan sakit dan sering jatuh pitam keletihan hatta nyawa di hujung kerongkong pun akan digagahkan jua bertanding dalam PRU-13. 

Tanpa pengaruh Nik Aziz sukar untuk Nik Abduh mendapat tempat dalam parti apatah lagi diangkat mewakili PAS dalam PRU-13, tapi memandangkan batang tubuh Nik Aziz masih menguasai PAS maka mudahlah mencipta ruang untuknya melakar masa depan politik.

Mengikut pengumuman rasmi PAS, Nik Abduh akan diletakkan di Parlimen Pasir Mas meskipun sebelum ini anak MB Kelantan itu sudah disahkan tempatnya di Parlimen Rantau Panjang, sebuah kawasan selamat kerana ia merupakan kubu kuat PAS.

Kawasan Parlimen lain termasuk Pasir Mas langsung ditolaknya mentah-mentah malah kurang disenangi Nik Aziz sendiri kerana tahu ia berisiko tinggi dalam keadaan semarak Gelombang Merah sedang menghakis pengaruh PAS tika ini. 

Tapi senario berubah dan tak semena-mena timbul semula kejantanan Nik Abduh untuk beradu nasib di Pasir Mas setelah wujud kemungkinan pertarungan tiga penjuru di situ melibatkan calon BN, Che Johan Che Pa dan calon Bebas, Ibrahim Ali.

Berbunga riang hati Nik Abduh sama seperti ayahandanya, Nik Aziz yang kelegaan kerana menjangkakan kerusi Pasir Mas hampir pasti milik putera politiknya. Jangan terkejut, selepas ini kempen PAS akan banyak tertumpu di Pasir Mas demi memastikan kemenangan Nik Abduh.



No comments:

Post a comment

Member BSK