Jumlah Pengunjung

Monday, 22 April 2013

KESAN DI PERBODOHKAN OLEH NIK AZIZ !!!




Pemimpin Barisan Nasional (BN) di negeri ini perlu memecahkan tembok pemikiran masyarakat Kelantan yang selama ini terlalu taksub terhadap Pas dengan mengangap parti itu Islam dan Islam itu Pas.

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Rastom Ahmad Maher berkata, masih terlalu ramai rakyat negeri ini yang berfikiran hendak tinggal Pas tidak boleh kerana parti itu sahaja yang kononnya memperjuangkan Islam.

"Situasi ini memerlukan cara untuk kita kembali buka pemikiran rakyat dengan mengadakan ceramah, kempen secara berkelompok atau besar-besaran untuk mendedahkan penipuan Pas selama ini yang kononnya memperjuangkan Islam dan ulama.

"Sekarang peluang untuk mengubah pemikiran rakyat ini sangat jelas apabila Pas bergabung dengan DAP, kerana dahulu ketika UMNO bergabung dengan MCA mereka mendakwa UMNO kafir.

"Banyak benda lagi yang boleh kita jelaskan kepada rakyat bahawa Pas kini sudah jauh terpesong," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Tokoh-Tokoh Veteren UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong di sini hari ini.

Yang turut hadir, calon BN Parlimen Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong, Mohd. Fakhrurazi Abdul Rahim.


Ahmad Rastom sehubungan itu menyeru rakyat Kelantan jangan terlalu jumud dengan mengangap Pas itu lebih Islam berbanding pihak lain.





1 comment:

Member BSK