Jumlah Pengunjung

Tuesday, 11 December 2012

ABBY ABADI MAKIN PANAS HATI SEKARANG NI !!!


SEPANG: Pelakon serba boleh, Afdlin Shauki sangat terharu dan kagum melihat semangat yang cukup kuat serta ketabahan rakyat Palestin berdepan dengan kekejaman tentera rejim Zionis.
Sepanjang tujuh hari di sana, Afdlin yang juga merupakan duta organisasi sukarelawan kemanusiaan Aqsa Syariff, berkata dia tidak menyangka yang rakyat di sana cukup tenang menghadapi keadaan yang sukar.
Afdlin (gambar) dan delegasi berlepas ke Gaza pada 3 Disember lalu.
"Masa nak pergi tu memang rasa takut. Tapi bila sampai saja di sana, saya rasa Gaza adalah tempat paling aman sekali di dunia.
"Biarpun baru lepas beberapa kali kena bom, tapi keadaan di sana cukup tenang dan mereka adalah orang-orang yang paling peramah yang pernah saya jumpa.
“Mereka tak minta sedekah dengan kita tapi bila kita nak bantu mereka sangat bersyukur", kata Afdlin kepada Malaysian Digest ketika ditemui sebaik saja beliau keluar dari balai ketibaan KLIA.
Afdlin bersama dua lagi rakan artis iaitu Bront Palare, Zain Saidin serta rombongan delegasi, tiba di tanah air jam 5.41 petang dengan menaiki penerbangan Egypt Air.
Tambah Afdlin lagi, seperkara yang membuatkan dia cukup terharu sepanjang di sana adalah apabila melawat ke rumah mangsa keluarga yang mati shahid, dan juga ketika meluangkan masa bersama anak-anak kecil di tadika.
"Paling buat saya rasa terharu apabila bersama dengan anak-anak kecil dan mendengar seorang hamba Allah ni bercerita tentang ahli keluarganya yang mati shahid.
“Mereka bercerita bukan minta simpati tetapi apa yang saya lihat, mereka sangat kuat menghadapi semua dugaan itu. Bagi saya kanak-kanak itu adalah hero.
"Kita tak faham perasaannya macam mana, melainkan kita sendiri yang pergi dan melihat keadaan di sana. Kawan-kawan di sana dah seperti saudara.
“Selama ni saya hanya dengar orang bercerita saja tapi bila sampai sana, saya alami sendiri", katanya berkongsi pengalaman.
Dalam pada itu mengulas mengenai ura-ura pelantikan beliau sebagai duta kehormat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta khabar yang beliau akan membuat filem di sana, Afdlin berkata mengenai perlantikan itu masih dalam perbincangan dengan pihak OIC.
Manakala mengenai filem, beliau memang sedang merancang merealisasikan sebuah filem tentang negara bergolak itu. Malahan semasa di sana, dia ada merakamkan sebuah dokumentari pendek.
"Memang nak buat filem. Masa kita di sana kita dah rakam satu dokumentari. Kita juga dah berbincang dengan pembikin filem muda di sana.
“Mereka ada merakamkan footage seperti suasana ketika dibom. InsyaAllah, kita akan bekerjasama dengan mereka.”
Sementara itu, delegasi Aqsa Syariff telah menyumbangkan bekalan makanan, pakaian dan juga tilam sebagai persiapan penduduk di sana bagi menghadapi musim sejuk.
Terdahulu, hasil daripada kutipan sumbangan rakyat Malaysia, pihak Aqsa Syariff berjaya mengumpulkan dana sejumlah RM3.2 juta dalam masa tiga minggu.
Sebanyak RM1.9 juta daripada kutipan tersebut telah pun disalurkan ke sana. 

cerita gua ni DARI SINI...

1 comment:

  1. Mak Janda tu kata bantuan tak sampai? Mungkin makanan yang dihantar tu ada dalam perut Afdlin kot? Banyak mana agaknya boleh isi perut Afdlin ye? Makin hari makin menyampah aku dengan Mak Janda tu. Stim dah lama hilang. kah kah kah

    ReplyDelete

Member BSK