Delegasi ke Gaza yang disertai Afdlin Shauki, Bront Palarae & Zain Saidin telah tiba dengan selamat di KLIA.
Afdlin Shauki yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba sangat bersemangat untuk menceritakan pengalaman beliau ketika di Gaza.
“Ketika mula mula hendak ke sana memang wujud perasaan takut, tetapi setelah tiba disana semenanjung Gaza pada saya menjadi tempat paling aman sekali,” ujar beliau semalam.
“Walaupun telah dibom banyak kali, rakyat Palestin di Gaza sangat tenang menghadapi segala cabaran dan mereka adalah orang yang paling peramah pernah saya jumpa”
“Paling membuatkan saya terharu adalah apabila mendengar cerita daripada keluarga yang salah seorang mereka telah mati syahid dan mereka tidak meminta simpati kami semua”
“Saya nampak mereka semua tabah & tenang menhadapi apa pun yang terjadi, bagi saya kanak kanak di’sana adalah hero yang sebenar,” tambah Afdlin Shauki lagi.
Bercakap tentang niat untuk merakamkan filem di bumi Gaza, Afdlin Shauki mengakui yang beliau ada merakamkan dokumentari pendek sepanjang misi bantuan mereka disana.
“Kami ada berbincang dengan pembikin filem muda disana dan insyaAllah kami akan bekerjasama untuk merealisasikan projek filem bersama nanti,” ujar duta kemanusian Aqsa Syariff ini.
Dalam perkembangan lain, ramai yang sedia maklum tentang satu kenyataan Abby Abadi yang seakan melekehkan niat & hasrat mereka yang pergi ke semenanjung Gaza.
Mengulas kata kata orang
yang skeptik dengan misi bantuan ke Gaza, Afdlin Shauki berkata yang
beliau tidak peduli dengan apa pun persepsi yang wujud kerana fokus
mereka adalah untuk membantu rakyat Palestin yang sepatutnya menjadi
tanggungjawab bersama.
“Kami tiada masa untuk melayan kritikan & komen negatif dari mana mana pihak dan kami pergi dengan niat untuk menolong dan jika mahu, kita boleh berganding bahu bersama sama sebagai tanggungjawab sebagai orang Islam,” tambah Afdlin Shauki lagi.
sumber cerita DARI SINI...
No comments:
Post a Comment