Jumlah Pengunjung

Monday 3 December 2012

PEMBANGKANG MAHU BEKUKAN PENGAMBILAN POLIS !!!




Pakatan pembangkang merancang untuk membekukan pengambilan anggota polis baru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mendakwa nisbah anggota kepada penduduk di negara ini telah melebihi daripada statistik piawaian di peringkat antarabangsa.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar berkata, nisbah seorang anggota polis kepada penduduk di Malaysia telah mencecah 270, melebihi nisbah yang diperakukan polis antarabangsa (Interpol) iaitu seorang anggota polis bagi setiap 250 penduduk.
"Dengan pembekuan ini, saya beri jaminan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa kita akan rancang dan laksanakan peningkatan 15 peratus gaji anggota-anggota polis yang di peringkat bawahan sebaik sahaja kita menang.
"Kita lebih baik nisbahnya daripada Singapura, Hong Kong dan Thailand. Anggota polis itu cukup, tapi semuanya tidak payahlah hendak menjadi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kot. Bukan tidak payah buat FRU kerana di bawah pakatan pembangkang, kita akan kurangkan kadar protes dan demonstrasi.
"Kita pastikan (mereka) jadi investigating officer (pegawai penyiasat), menyiasat kes jenayah apa yang berlaku di taman-taman dan kawasan perumahan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah umum di Taman Muhibbah, Kampung Ara Payung di sini malam tadi yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang.
Dalam perkembangan sama, Nurul Izzah menyifatkan langkah peningkatan gaji berkenaan penting kerana beliau mendakwa keadaan di kuarters polis berada dalam keadaan daif serta menjaga kebajikan anggota tidak dijaga.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut mempersoalkan rasional kerajaan membebaskan ramai 'penjenayah tegar' di bawah Ordinan Darurat 1969.

No comments:

Post a Comment

Member BSK