Jumlah Pengunjung

Sunday 9 December 2012

RAHSIA HAPUSKAN HAK MELAYU TERBONGKAR !!!


 
Northern Utility Resources Sdn Bhd (NUR) adalah sebuah syarikat yang mengoperasikan stesen janakuasa elektrik bagi kegunaan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di Kedah. Syarikat ini diberikan konsesi selama 30 tahun pada tahun 1997 untuk membina sebuah stesen janakuasa dan mengagihkan bekalan tenaga elektrik di kawasan perindustrian itu.

Walaubagaimanapun, NUR bukanlah sebuah syarikat pengeluar tenaga bebas atau “Independent Power Producer” (IPP) kerana syarikat ini tidak mempunyai perjanjian pembelian tenaga atau “Power Purchase Agreement” (PPA) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Tidak seperti syarikat-syarikat IPP , NUR tidak menjual tenaga yang dihasilkan kepada TNB dan tidak tertakluk dengan PPA. Sebaliknya NUR menjual secara terus tenaga yang dihasilkan oleh stesen janakuasa kepada pengguna-pengguna di KHTP.

Oleh itu, NUR secara relatifnya (berbanding syarikat-syarikat IPP yang lain) terdedah kepada penurunan dalam kadar yang dikenakan kepada pengguna. Krisis kewangan Asia sekitar tahun 1997-1998 menjadi antara punca utama syarikat ini terjerumus dengan beban hutang berikutan kadar pelaburan yang rendah dan beberapa pelabur yang sedia ada telah menarik diri dari KHTP.

NUR sebelum ini berhutang lebih dari RM1.5 billion dengan beberapa bank iaitu Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad, RHB Bank Berhad dan Ambank Berhad. Disebabkan NUR tidak dapat membayar hutang selama 10 tahun (daripada tahun 1994 hingga tahun 2004), pihak bank telah mengambil alih aset NUR dan telah melantik Ernst & Young sebagai “Receiver” pada November 2004 untuk menguruskan asset syarikat itu.

“Receiver” atas arahan pihak Bank telah melelong aset NUR pada tahun 2011 setelah 18 tahun hutang melebihi RM1.5 billion tidak dibayar . Ernst & Young telah membuka peluang kepada beberapa syarikat tempatan dan syarikat konsortium luar yang mempunyai kepentingan tidak lebih dari 25% bagi menyatakan minat untuk memperoleh 100% ekuiti NUR. Empat (4) Syarikat telah dipanggil “Receiver” untuk memasuki lelongan terbuka.

Antara syarikat-syarikat ini adalah syarikat besar seperti Tenaga Nasional Bhd dan Powertek Sdn Bhd yang dipunyai oleh Tan Sri Ananda Krishna. Walau bagaimanapun, syarikat yang telah berjaya memenangi lelongan terbuka ini adalah sebuah syarikat berstatus bumiputra dengan tawaran harga yang paling tinggi.

Situasi ini adalah biasa bagi pihak bank ibaratnya jika seseorang meminjam untuk membeli rumah atau kereta, tetapi gagal menjelaskan pinjaman yang dibuat maka bank akan mengambil alih hak milik rumah atau kereta itu.Bank kemudiannya akan melelong rumah atau kereta itu untuk memperoleh semula wang yang dipinjamkan.

Selepas melalui proses lelongan terbuka, kini NUR dimiliki oleh syarikat bumiputra. Seperti dinyatakan sebelum ini, NUR bukanlah IPP dan tidak mempunyai PPA dengan TNB. NUR tidak menjual tenaga yang dikeluarkan kepada TNB, oleh itu syarikat ini tidak mempunyai keistimewaan yang dimiliki oleh syarikat-syarikat IPP.

Pengambilalihan 100% ekuiti NUR oleh syarikat yang membida juga dibuat dengan telus kerana ini adalah transaksi komersial diantara bank, aset NUR yang dimiliki oleh Bank dan sektor korporat. Bank melelong aset ini untuk mendapatkan semula wang pada harga yang paling tinggi.

Pengambilalihan ini boleh dikatakan satu ujian dan titik tolak untuk sebuah lagi syarikat berstatus bumiputera terlibat dalam industri bekalan tenaga yang selama ini dikuasai oleh bukan bumiputera. Secara tidak langsung menjadi pemangkin untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan bumiputera dalam sektor bekalan tenaga.

Walau bagaimanapun, tidak mustahil dengan pengambilalihan ini, akan ada pihak-pihak cuba mempolitikkan perkara ini dengan mengaitkan individu-individu tertentu sedangkan transaksi dilakukan secara lelongan terbuka.

Malaysia mungkin satu-satunya negara dimana ahli-ahli politik di negara ini gemar mempolitikkan hampir semua perkara demi kepentingan agenda masing-masing tanpa mengambilkira kesan kepada pembangunan ekonomi negara terutama di kalangan bumiputera.

Seharusnya sesuatu yang positif seperti ini disokong dan bukannya melakukan tindakan sabotaj. Tambahan pula pengambilalihan NUR dilihat agak berisiko berdasarkan prestasi kewangan syarikat yang buruk sepanjang operasinya sejak tahun 1994, untuk menjadikan ia satu perkara yang berlawanan bukanlah satu misi yang mudah.

Tindakan-tindakan sabotaj dan sebaran propaganda hanya akan melemahkan keyakinan dan semangat usahawan-usahawan bumiputera yang lain untuk turut serta dalam industri tenaga dan akhirnya kekal di takuk yang lama ditinggalkan oleh usahawan-usahawan dari kaum lain dek kerana hasad dengki golongan-golongan tertentu.

Perlu diketahui, sektor minyak, gas dan tenaga merupakan salah satu bidang keberhasilan utama ekonomi (NKEA) yang dinyatakan Perdana Menteri dalam program transformasi ekonomi (ETP), oleh yang demikian syarikat-syarikat bumiputera seharusnya mengambil peluang dalam melebarkan sayap perniagaan masing-masing dengan dasar yang diperkenalkan ini.


Gomo melihat isu mensabotaj syarikat bumiputera ini berterusan dari masa ke semasa. Namun demikian yang paling mendukacitakan apabila orang Melayu sendiri yang lebih kuat mensabotaj syarikat Bumiputera atas faktor iri hati ataupun dendam.

Gomo nak jelaskan point penting sepertimana artikel diatas ini yang mana:


NUR Power Plant (NUR) bukanlah “Independent Power Producer” (IPP). NUR tidak mempunyai “Power Purchase Agreement” (PPA) dengan TNB dan NUR tidak membekalkan tenaga yang dikeluarkan kepada TNB.  NUR Power Plant membekalkan tenaga di Kedah dan hanya kepada kawasan industry Kulim Hi-tech Park.

NUR sebelum ini berhutang lebih daripada RM1.5 billion kepada beberapa bank. Disebabkan NUR tidak dapat membayar hutang selama 10 tahun (daripada tahun 1994 hingga tahun 2004), pihak bank telah mengambil alih aset NUR dan telah melantik “Receiver” dalam tahun 2004 untuk menguruskan asset NUR.
Receiver atas arahan pihak Bank telah melelong aset NUR pada tahun 2011 setelah 18 tahun hutang melebihi RM1.5 billion tidak dibayar kepada pihak Bank.  

Empat (4) Syarikat telah memasuki lelongan terbuka yang telah di panggil oleh Receiver. Syarikat-syarikat ini adalah syarikat besar seperti Tenaga Nasional Bhd dan Powertek Sdn Bhd yang dipunyai oleh Tan Sri Ananda Krishna.  Syarikat yang telah berjaya memenangi lelongan terbuka ini adalah syarikat bumiputra kerana syarikat ini telah menawarkan harga yang tertinggi.

Situasi ini adalah biasa bagi pihak bank ibaratnya jika seseorang meminjam untuk membeli rumah atau kereta, jika pinjaman ini tidak dibayar, bank akan mengambil alih hakmilik rumah atau kereta itu.  Bank selepas itu akan melelong rumah atau kereta itu untuk mendapatkan balik duit bank.

Sekarang selepas proses lelongan terbuka, NUR dimiliki oleh syarikat bumiputra.  NUR bukanlah IPP dan tidak mempunyai PPA dengan TNB.  NUR tidak menjual tenaga yang dikeluarkan kepada TNB.  Jadi, ini adalah transaksi komersial diantara bank, aset NUR yang dimiliki oleh Bank dan sektor korporat.  Bank melelong aset ini untuk mendapatkan balik duit Bank.  

Kita patut berbangga syarikat bumiputra telah dapat mengambil alih hakmilik NUR dan bukanlah mempolitikkan perkara ini.   Jika ada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan perkara ini, mungkin mereka mempunyai agenda tertentu.

Psssttt..... Cukup cukuplah tu...... banyak benda lain kita nak fokus

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.
sumber cerita DARI SINI...

No comments:

Post a Comment

Member BSK