Jumlah Pengunjung

Sunday 9 December 2012

RAHSIA VIDEO TERBARU ANWAR IBRAHIM ADA DISINI !!! WAKAKAWAKAKAWAKAKA....


Deepak Jaikishan Alat Fitnah Anwar Ibrahim
Ke Atas Najib Razak dan Rosmah Mansor
Pelbagai tomahan dan fitnah dilemparkan pihak Pembangkang ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor sejak sekian lamanya. Malah saban hari ada sahaja fitnah yang baru yang mana dicipta pihak pembangkang dalam memastikan imej Perdana Menteri dan Isteri dapat dijatuhkan mereka ini apatah lagi dengan menghadapi PRU 13 yang akan tiba tidak lama lagi.

Kenyataan Anwar Ibrahim dalam sidang media semalam :

"PKR supremo Anwar Ibrahim today denied that the opposition was responsible for the recent controversial claims made by businessman Deepak Jaikishan against the Umno leaders."

Betul ke Anwar Ibrahim dan PKR tidak terlibat? Jika tidak terlibat bagaimana pula dengan video dibawah ini? Meh kita layan, dan dengar betul betul segala yang dinyatakan dalam video dibawah ini.



Video diatas merupakan satu rakaman sulit yang mana menjelaskan kepada kita bahawa Deepak Jaikinshan sebenarnya telah berjumpa dengan Anwar Ibrahim sebelum serangan ke atas Dato Sri Najib Tun Abdul Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor dilancarkan pada 27hb November lalu.

KONSPIRASI dan itulah jawapan paling tepat tentang pekara ini bersandarkan kenyataan Deepak sendiri bahawa segala rekayasa yang ditimbulkan kebelakangan ini adalah hasil perancangan dan Konspirasi jahat Anwar Ibrahim dan sekutu mereka ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Nurul Izzah Telefon Deepak

Dalam video diatas kita dengar sendiri apabila Deepak menyatakan Nurul Izzah orang yang pertama menghubungi beliau untuk berjumpa. Atas sebab tertentu Deepak tidak meneruskan perjumpaan dengan Nurul Izzah. Menurut Deepak beliau berjumpa dengan Anwar Ibrahim setelah dirayu oleh Anwar Ibrahim beberapa kali semenjak 2010 lagi. Namun Deepak tidak mengendahkan rayuan tersebut sehinggalah beliau menghadapi tekanan akibat tuntutan hutang dari pihak Bank berjumlah sekitar RM170 juta.
 
Sasaran sebenar Deepak adalah Senator Datuk Raja Ropiaah Ketua Wanita UMNO Selangor yang bersama sama dengan Deepak sebelum ini dalam urusan perniagaan hartanah. Dan sehingga ke hari ini juga Deepak masih lagi menuntut wang nya dari Datuk Raja Ropiaah malah kes tersebut juga kini dibicarakan di Mahkamah.

Ravi Jual Deepak Kepada Anwar

Anwar Ibrahim melihat peluang ini yang mana Anwar tahu Deepak boleh digunakan dalam mewujudkan satu lagi REKAYASA FITNAH ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor. Maka atas sebab tersebut Anwar Ibrahim menghubungi Deepak pada sebelum puasa yang lalu dan kemudiaanya mengatur perjumpaan tersebut di rumah orang kanan Anwar Ibrahim iaitu Ravichandran.

Cerita sebenar adalah berkisar tentang janji yang Anwar Ibrahim berikan iaitu memberikan seorang peguam buat Deepak dalam menghadapi kes beliau di Mahkamah menentang Datuk Raja Ropiaah. Sepertimana yang dinyatakan Deepak dalam video diatas Anwar Ibrahim mengarahkan Sivarasa untuk menjadi peguam kepada Deepak bagi kes beliau.
 
Anwar Ibrahim sebenarnya telah memerangkap Deepak untuk dijadikan kambing hitam dalam rekayasa fitnah ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor. Beliau secara diam telah merancang komplot Konspirasi fitnah ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor ekoran status Deepak yang sebelum ini mengenali Perdana Menteri dan Rosmah Mansor selaku penjual karpet.

Deepak Akui Anwar Ibrahim Kata
I Help U, U Help Me"

Deepak dijadikan Kambing hitam dan ini dapat dibuktikan apabila R.Sivarasa yang menjadi peguam kepada Deepak telah mengarahkan Deepak untuk menyebut nama Najib Razak dan Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes saman beliau. R.Sivarasa yang mendapat arahan dari Anwar Ibrahim terus mendesak Deepak untuk menyebut nama PM dan Isteri dalam kes tersebut walaupun hakikatnya yang sebenar kes saman tersebut adalah melibatkan dua individu iaitu Deepak Jaikinshan dan juga Datuk Raja Ropiaah.

Ini lah perancangan mereka iaitu mewujudkan rekayasa dalam menarik perhatian rakyat agar memandang serong Najib Razak dan Rosmah Mansor. Ianya sama sepertimana kes Liwat sebelum ini yang kita tahu Anwar Ibrahim tertuduh dalam kes tersebut telah mengaitkan nama Perdana Menteri dan Rosmah Mansor sebagai individu yang terlibat dalam kes tersebut walaupun hakikat yang sebenar Air Mani Anwar Ibrahim yang telah ditemui didalam dubur Saiful Bukhari.

Anwar Ibrahim arahkan Sivarasa Mengajar Deepak
Fitnah Najib Razak dan Rosmah Mansor

Inilah taktik pihak pembangkang terutama PKR dalam rekayasa fitnah jahat mereka dari masa ke semasa. Dan tidak mustahil selepas ini akan ada cerita cerita Fitnah palsu yang direka mereka dalam terus menjatuhkan kepimpinan Najib Razak dan Isteri serta pimpinan Barisan Nasional yang lain.

Deepak Jaikinshan yang kini menjadi kambing hitam Anwar Ibrahim telah dijanjikan untuk diberi bantuan keewangan bagi menyelesaikan tuntutan pihak Bank berjumlah RM 170 juta. Namun percayalah pada Gomo yang Anwar Ibrahim tidak akan menyelesaikan hutang Deepak kerana kita semua tahu bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang yang pembohong dan tidak pernah menyelesaikan janji yang beliau tabur.

Kita rakyat Malaysia boleh bertanyakan kepada Nurul Izzah apakah benar beliau menghubungi Deepak Jaikinshan sebelum bulan puasa yang lalu iaitu bulan Jun 2012?

Anwar kata tak kenal Eskay bila wartawan tanya sebelum ni.
Namun hakikatnya Anwar pembohong.

Dakwaan Deepak beliau telah berjumpa dengan Anwar Ibrahim disuatu lokasi setelah pulang dari Jakarta memberikan cerita sebenar tentang konspirasi ini. Dan kita boleh tanya kepada Anwar Ibrahim apakah beliau menafikan telah berjumpa dengan Deepak? Apakah beliau akan menyatakan "Tidak Kenal Deepak" sepertimana yang beliau kantoi sebelum ini apabila menyatakan tidak kenal Dato Eskay?

R.Sivarasa yang juga merupakan Ahli Parlimen PKR merupakan peguam yang diarahkan oleh Anwar Ibrahim untuk mewakili Deepak dalam isu mahkamah menentang Datuk Raja Ropiaah. Dalam video tersebut kita sendiri dengar dengan jelas bahawa R.Sivarasa telah mengajar dan menyuruh Deepak untuk mengkaitkan nama Perdana Menteri dan Isteri dalam kes tersebut. Malah menurut Deepak R.Sivarasa tidak gembira dengan beliau apabila tidak menyebut nama PM dan Isteri ketika perbicaraan tersebut berlangsung.


R.Sivarasa Menyuruh Deepak Mengkaitkan nama PM dan Isteri
Sewaktu perbicaraan mahkamah.

Untuk apa R.Sivarasa mengajar Deepak untuk menyebut nama Perdana Menteri dan Isteri dalam perbicaraan tersebut sedangkan kes saman tersebut adalah diantara tuntutan wang oleh Deepak ke atas Datuk Raja Ropiaah. Rakyat perlu tanya kepada R.Sivarasa mengenai kenyataan Deepak ini dan sudah pasti rakyat mahukan jawapan jelas daripada R.Sivarasa.

  
Deepak Diarahkan Untuk Menfitnah Najib Razak Dan Rosmah Mansor

Video diatas sudah menjelaskan segala persepsi yang timbul sebelum ini mengenai Deepak. Video diatas sudah memberikan jawapan jelas kepada kita bahawa satu Konspirasi telah dirancang oleh Anwar Ibrahim dengan menjadikan Deepak sebagai kambing hitam. Anwar Ibrahim pastinya akan terus melarikan diri dari bukti yang ada sepertimana yang dinyatakan oleh Deepak dalam video sulit diatas. Yang pasti Anwar Ibrahim dan sekutunya dalam PKR merancang Konspirasi jahat ini.


Anwar Ibrahim Wajib Bertaubat!!!

Psssttt….. Video lain? Ada……. Tunggu

sumber cerita DARI SINI...

No comments:

Post a Comment

Member BSK