Jumlah Pengunjung

Saturday, 19 January 2013

PENYOKONG RAMASAMY MENGAMUK DI PULAU PINANG !!!



SEKUMPULAN masyarakat India dari Taman Supreme mengadakan 
demonstrasi aman membantah keputusan pemilihan Jawatankuasa 
Tertinggi Pusat (CEC) DAP di Butterworth, semalam. 
BUTTERWORTH 16 Jan. - Lebih 50 orang yang terdiri daripada masyarakat
 India dari Taman Supreme, Perai di sini mengadakan demonstrasi aman 
bagi membantah keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat
 (CEC) DAP pada Disember lalu yang disifatkan sebagai tidak telus.
Wakil kumpulan tersebut, M. Mathigalagan berkata, kekalahan calon
bukan kaum Cina pada pemilihan tersebut jelas menunjukkan parti itu
 mengamalkan kuasa mutlak pemimpin tertinggi dan mengutamakan
 kroni mereka.
"Selama ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung,
 Lim Guan Eng selalu mengatakan DAP mendukung prinsip demokrasi
 dalam setiap perkara namun sekarang kita melihat mereka hanya melantik
 kroni untuk jawatan tertinggi dalam parti.
"Sebab itu kita minta mereka mengadakan semula pemilihan CEC bagi
 memastikan keputusan pemilihan kali ini lebih telus dan tidak berat sebelah,
" katanya kepada pemberita ketika menyertai demonstrasi tersebut.
Dalam demonstrasi itu, mereka turut membawa sepanduk mempertikaikan
 kekalahan Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy semasa pemilihan
 berkenaan.
Menurut Mathigalagan, jika pemilihan CEC diadakan semula, mereka mahu
 pengiraan undi menggunakan juru audit bebas yang tidak dipengaruhi oleh
 mana-mana pihak berkepentingan.
Tambahnya, satu memorandum berhubung perkara itu akan diserahkan
 kepada Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai tanda bantahan terhadap apa yang berlaku.
"Jika DAP tidak mahu mengadakan pemilihan semula, mereka jangan
mengaku sebagai parti demokrasi tetapi sebenarnya parti kuku besi dan
 perkauman," ujarnya.
Pada 14 Januari lalu, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi,
David Dass Aseerpatham meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) menjalankan
 siasatan terhadap keputusan pemilihan CEC itu.
Menurut David yang sudah tujuh tahun menjadi ahli seumur hidup DAP,
beliau tidak dapat menerima alasan kesalahan teknikal menjadi faktor
 kepada kesilapan pengiraan undi.
Aduan sama turut dibuat oleh Setiausaha DAP Cawangan Ladang Paroi,
 Mahendran Krishnan.
Beliau yang menjadi ahli seumur hidup DAP sejak 1995 mahu ROS mengambil
 tindakan untuk menyokong amalan demokrasi dalam pemilihan parti.
Sementara itu, ahli DAP daripada lebih 10 cawangan di Selangor antaranya
Taman Ehsan, Taman Gembira, Southern Klang, Raya Barat, Taman Chi Liung
 Indah dan Damansara turut menggesa pemilihan CEC diadakan semula.
Dalam sidang akhbar tergempar 9 Januari lalu, Pengerusi DAP Taman
 Chi Liung Indah, K. Yogasigamany berkata, pemilihan semula itu sangat
penting untuk membersihkan nama parti yang tercalar akibat kesilapan 'teknikal'
seperti yang didakwa.
"Pemilihan semula akan mencerminkan ketelusan serta integriti parti kepada
 umum yang rata-rata kini sudah mula hilang keyakinan terhadap parti ini," katanya.


“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah
mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti
serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. 
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu
mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu
menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka,
mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan
mengkhianatinya. “

No comments:

Post a Comment

Member BSK