Jumlah Pengunjung

Tuesday 9 April 2013

DAP BERSEDIA MELIHAT MELAYU BUNUH SESAMA MELAYU SELEPAS PILIHANRAYA NANTI !!!




Konspirasi menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' didakwa menjadi strategi utama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1999 ketika beliau dipenjara atas dakwaan rasuah dan liwat.

Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad mendakwa, perkara itu dilakukan secara sulit Anwar ketika beliau dipenjara di Sungai Buloh melalui surat-surat yang diserahkan menerusi salah seorang peguamnya ketika itu.

Jelasnya, antara arahan itu termasuk mengumpul seberapa ramai penyokong PKR untuk mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan pada 2000 yang dikenali sebagai 'Black 14' sebagai memperingati tarikh Anwar disabitkan kesalahan dan sebagai tanda protes terhadap tangkapan beliau.

"Ketika itu, Pemuda PKR seluruh negara diarahkan berkumpul di ibu negara menaiki kereta api kerana takut dikesan pihak berkuasa.

"Kami tidak datang dengan tangan kosong, tetapi turut diarah membawa senjata seperti buluh runcing, 'molotov cocktail' dan besi sebagai persedian bertempur dengan pasukan keselamatan sekiranya dihalang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Nordin, atas dasar prinsip dan tanggungjawab kepada negara, beliau mengambil langkah bertemu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu merupakan Menteri Dalam Negeri bagi memaklumkan perkara berkenaan.

Katanya, beliau turut dihubungi Ketua Polis Kuala Lumpur ketika itu, Datuk Kamaruddin Ali bagi memberi keterangan dan menceritakan satu persatu apa yang akan berlaku dalam demonstrasi tersebut tanpa pengetahuan pucuk pimpinan parti kerana masih memegang jawatan dalam parti.

"Selepas keterangan diambil, polis melakukan persediaan awal menyekat pengikut fanatik Anwar daripada terus mengadakan demonstrasi yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan jiwa seterusnya menuduh UMNO bertindak zalim," katanya.

Dalam masa sama, beliau yakin demonstrasi akan tercetus jika Anwar kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.





No comments:

Post a Comment

Member BSK