Jumlah Pengunjung

Tuesday, 9 April 2013

DI PERLIS PKR DAN PAS DAH BERGADUH BESAR ??? macamana nak memerintah ni...?





Sumber dalaman mendedahkan bahawa PAS telah kemukakan 3 calon di ketiga-tiga kawasan parlimen dan membolot kesemua 8 DUN yang berpotensi menang di Perlis.   Sekali gus meninggalkan PKR terpinga-pinga cuba memahami apa yang berlaku.   

PKR dikatakan telah mengesahkan kerusi Kangar untuk Dr. Juanda Jaya, Mufti Perlis.  Dr. Juanda juga telah bersedia untuk menemui Tuanku Sultan untuk meletakkan jawatan hari ini selepas pengumuman yang sepatutnya dibuat oleh Anwar di dalam ceramah di Kuala Perlis semalam.  

Namun, perancangan tersebut telah disabotaj oleh PAS yang memberikan teks ucapan lain untuk dibaca oleh penceramah PKR, yang mana terkandung di dalamnya pengumuman nama-nama calon PAS termasuk di Parlimen Kangar.  Penceramah PKR tidak mampu berbuat apa-apa setelah tersedar dirinya sudah terkena.   Akibatnya, Dr. Juanda yang sudah teruja untuk menjadi calon, kecewa dan marah dengan Anwar yang gagal mempertahankan PKR.  

PKR Perlis kini berhadapan dengan warna sebenar sekutu mereka, PAS, yang ternyata sebuah parti berslogankan Islam, tetapi bertindak seperti syaitan.   Nampaknya, syaitan akhirnya bertemu dengan syaitan di dalam pentas yang sama.   



Lebih dahsyat lagi, perang antara syaitan ini, diketuai oleh Haron Din, iaitu antara ‘ulama penghalau syaitan’.   Haron Din kini sedang menggerakkan penolakan besar-besaran terhadap Anwar Ibrahim dan telah pun menyatakan secara langsung kepada Ketua Pembangkang tersebut bahawa PAS tidak akan menerima beliau sebagai Perdana Menteri.  

Alasannya, ialah kerana PAS cukup maklum siapa Anwar Ibrahim sebenarnya, iaitu seorang pengamal biseksual bebas, Bapa Politik Wang, pengkhianat negara, boneka Zionis serta pelopor pluralisme dan liberalisme di Malaysia.  

Namun, Haron Din Ulama penghalau syaitan ini tidak pula sanggup mengisytiharkan perang secara terbuka terhadap Anwar Ibrahim, sebaliknya hanya menyerang secara sembunyi-sembunyi agar orang tidak tahu.   Secara zahirnya, beliau masih lagi bersekutu dengan Anwar dan bersetuju mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri.   

Ini tentunya menyukarkan Anwar bertindak balas, apatah lagi di Perlis, di mana sokongan terhadap PKR amatlah tipis.  Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa mengalah kepada kelicikan para ‘Ulama’ PAS.  

Mungkin, ini merupakan cara PAS ‘membalas’ tindakan Anwar mengenepikan parti itu dalam beberapa isu yang melanda PR akhir-akhir ini.  Antaranya, isu Kalimah Allah, isu salon di Kelantan dan lain-lain.   

Namun, kelicikan yang sama juga telah ditunjukkan oleh PAS terhadap DAP.  Ketika mengumumkan calon-calon di Kedah parti DAP telah tidak dibawa berunding langsung mengenainya.  DAP telah diketepikan terus oleh PAS Kedah sehingga memaksa mereka mengadu kepada Anwar Ibrahim, yang kemudiannya terbukti tidak mampu berbuat apa-apa.  

Pendek kata, jangan sekali-kali kita merendah-rendahkan kemampuan ‘Ulama’ berpolitik.  Sesungguhnya, jika mereka berpolitik, mereka tidak lagi mengira kawan, lawan, fakta, angka mahupun ayat-ayat Al-Quran.   Segalanya boleh, dan segalanya mungkin bagi Ulama PAS.  

Hukum Hudud, Kalimah Allah, Mengkafirkan sesama Islam, Mengangkat bukan Islam setaraf Khalifah sahabat Nabi, semuanya halal atau mungkin juga haram bergantung kepada masa, keadaan dan tempat.  

Sikap PAS ini benar-benar memeningkan kepala PKR dan DAP.  Sudahlah parti-parti mereka sendiri berhadapan dengan masalah dalaman di mana PKR berhadapan masalah perebutan kuasa dan masalah peribadi di Selangor dan DAP pula di Johor, kini mereka perlu pula berhadapan dengan kelicikan PAS.  

Nampaknya, ketidakpuasan hati sesama sendiri benar-benar menghancurkan Pakatan Rakyat di saat-saat genting ini.  Sehinggakan, Perlis, sebuah negeri yang begitu kecil juga mampu mencetuskan perang besar.   Khabarnya, PR Perlis benar-benar bergolak, dan moral untuk menghadapi pilihanraya benar-benar sudah hilang.  Mereka kini termangu-mangu cuba memahami siapakah rakan dan siapakah musuh politik mereka yang sebenar-benarnya



No comments:

Post a Comment

Member BSK