Jumlah Pengunjung

Tuesday, 2 April 2013

KHAIRUL FAHMI Juga Akan Masuk Syurga !!!




Bekas pemimpin Pas menyifatkan sebagai tidak wajar tindakan Penolong Setiusaha I Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som mengeluarkan kenyataan mengenai ‘video seks Nabi’ melalui akaun twitternya pada 27 Mac lalu.
Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hassan Ali berkata, sebagai sebuah parti Islam dan pemimpin muda Islam, menyamakan sesuatu dengan Nabi Muhammad SAW adalah tidak patut sama sekali.
“Nabi maksudnya tidak boleh dikait dengan kelakuan manusia biasa dan kita mesti semak dulu dengan ulama berkenaan hukum kenyataan itu,” katanya ketika semalam.
Menurutnya, jika beliau masih berada dalam kepimpinan Pas, Khairul Fahmi pasti akan dipanggil terus untuk beri keterangan kerana ini soal serius iaitu berkaitan dengan akidah, perjuangan parti Islam dan Pilihan Raya ke-13 (PRU13).



Bekas Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Norman Toha pula berkata, beliau tidak dapat membayangkan apa yang dilakukan oleh antara aktivis Pas yang pernah dilatih ketika di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

“Dengan tarbiyah gerakan Islam yang pernah diberikan dulu, saya terperanjat dengan apa terjadi. Harap beliau dapat perbaiki sifat dan sikap seperti waktu ditarbiyah dulu. Beliau tidak sepatutnya keluarkan kenyataan seperti itu walau dalam keadaan marah sekalipun," katanya.




No comments:

Post a Comment

Member BSK