Jumlah Pengunjung

Monday 22 April 2013

PANAS.... NURUL IZZAH KENA SOUND DENGAN PENGUNDI LEMBAH PANTAI !!!



Tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang menuntut pembatalan pendaftaran kira-kira 4,000 pengundi di Lembah Pantai membuktikan kejahilan beliau mengenai sejarah kawasan itu terutama perkampungan setinggan.

Ketua Cawangan UMNO Kampung Kerinchi, Mohd. Yahya Yusop berkata, Nurul Izzah yang baharu lima tahun menjadi wakil rakyat di Lembah Pantai tidak boleh membuat andaian pengundi menggunakan alamat kawasan setinggan yang tidak lagi wujud itu sebagai pengundi hantu.

Beliau yang turut tersenarai sebagai pengundi hantu menjelaskan, semasa mendaftar, beliau masih tinggal di kampung setinggan itu.

"Tetapi seiring dengan arus pembangunan, kami telah dipindahkan ke kawasan perumahan seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan pelbagai kemudahan selesa.

"Walaupun kami tidak lagi menetap di kawasan asal (kampung setinggan), kami masih penduduk Lembah Pantai dan layak untuk mengundi," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau sedih apabila Nurul Izzah mencipta isu pengundi hantu hingga sanggup menganiaya dan cuba menafikan hak penduduk untuk mengundi.

Mohd. Yahya berkata, tindakan melabel itu adalah sebahagian daripada taktik politik untuk menagih simpati kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan pengundi hantu untuk menang pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Sehubungan itu, kami akan menubuhkan satu gerakan yang akan dikenali sebagai Gerakan Mencari Pengundi Asal Lembah Pantai (Gempur) bagi menjejaki kesemua 4,637 pengundi Lembah Pantai yang ditindas Nurul Izzah agar mereka tahu siapa sebenarnya Nurul Izzah," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang turut tersenarai sebagai pengundi hantu, Siti Jaliah Jasman kesal dengan penafian hak yang dilakukan oleh Nurul Izzah ke atas dirinya.

Katanya, sejak lebih 20 tahun menetap di Lembah Pantai, dia hairan kenapa baharu sekarang Nurul Izzah ingin membangkitkan perkara itu dan tidak berbuat demikian pada pilihan raya umum lalu.

"Pada 2008 saya bebas untuk mengundi, kenapa pada pilihan raya kali ini saya 'dilabel' sebagai pengundi hantu. Adakah Nurul Izzah takut bayang-bayang sendiri dan mengetahui akan kalah," katanya.

Berikut adalah antara kawasan setinggan yang disenaraikan oleh Nurul Izzah sebagai alamat pengundi hantu:

1. Kampung Pasir Kiri, sekarang adalah tapak gerai penjaja yang telah diratakan dan penduduk berpindah ke Taman Gasing (Pusat Daerah Mengundi (PDM) - Pantai Dalam).

2. Setinggan Bukit A, Bukit B, Bukit C dan Bukit B Tanjung serta Kampung Kerinchi telah tiada dengan arus pembangunan. Semua penduduk telah berpindah ke Taman Bukit Angkasa atau PPR Kampung Limau (PDM Bukit Kerinchi).

3. Sepanjang New Pantai Express dan pembinaan landasan keretapi komuter mempunyai rumah-rumah setinggan. Semua penghuni telah dipindahkan ke PPR sekitar Lembah Pantai.




1 comment:

  1. yang puan Siti Jaliah tu naik angin macam dia pangkah Nurul jer PRU12. keh keh keh

    PRU13 - Pengundi Hantu Naik Hantu

    ReplyDelete

Member BSK