Jumlah Pengunjung

Saturday, 6 April 2013

TAKTIK HARAM JADAH PAKATAN SEMASA PILIHAN RAYA DI KETAHUI LAGI !!!





Malaysia bukanlah negara yang sempurna, tetapi tidak keterlaluan dikatakan bahawa tidak ada apa yang terlalu signifikan yang perlu diperjuangkan di negara ini melainkan perjuangan untuk memperkasakan jati diri rakyatnya.  Secara dasarnya, negara ini sudah cukup lengkap bagi membolehkan ia berfungsi dengan aman, stabil, makmur dan sejahtera.  Apa yang perlu hanyalah penambahbaikan sahaja dan bukannya perubahan drastik.  

Kedudukan negara yang ‘lengkap’ inilah yang menyukarkan pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan iaitu dari segi mencari isu yang cukup penting untuk dijuarai.  

Justeru, mahu tidak mahu mereka terpaksa memfitnah, mencipta isu atau menimbulkan isu daripada sesuatu yang bukan isu, untuk diperjuangkan.   Oleh kerana isu yang ditimbulkan bukanlah isu yang ‘genuine’, maka ia selalunya membawa akibat yang buruk atau merugikan sahaja.  Contohnya, isu ISA dan isu dakwat kekal dalam pilihanraya.  



Sedangkan, kedua-dua isu ini  bukanlah satu isu, buktinya ia tidak pernah menjadi masalah kepada negara dan rakyat selama ini.  Malah negara terus tumbuh dan berkembang maju dengan amalan demokrasi yang cemerlang, serta sentiasa aman dan stabil sama ada dengan kewujudan ISA mahupun tanpa penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya.   

Oleh itu, sejak dari awal lagi kita meragui desakan pembangkang yang ingin sangat menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya.  Sedangkan sistem itu adalah ‘primitif’, terdedah kepada berbagai cara manipulasi dan tidak effisien.   Hairan sekali kita apabila pembangkang bermati-matian memperjuangkannya sambil menolak sistem biometrik yang lebih canggih dan ‘reliable’.  

Malang sekali apabila desakan pembangkang ini telah tidak dikekang dengan hujah yang tegas.  Bagaikan tidak mampu menahan asakan maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut.  

Kini, apabila pilihanraya menjelang tiba, muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor pembangkang berkaitan dakwat kekal.  Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sedari mula lagi dan boleh dielakkan.  Semalam, bekas orang kuat Anwar, iaitu Dato’ Zulkefli Nordin telah menyebarkan maklumat tentang bagaimana dakwat kekal akan dimanipulasi pembangkang ketika pengundian berjalan.  

Menurut beliau, antara cara manipulasinya adalah dengan terlebih dahulu mewarnakan tangan pengundi yang terpilih sebelum ke pusat pengundian.  Apabila disekat, pengundi tersebut akan memberitahu bahawa ‘ada pihak UMNO yang memaksa mereka mewarnakan tangan jari terlebih dahulu sebelum tiba, bagi menghalang mereka mengundi’.  Dari situ, ‘orang-orang mereka’ yang telah bersedia di situ akan mencetuskan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus.  

Sekiranya, pengundi tersebut tidak disekat dan pihak pemantau mengesahkan yang dakwat tersebut bukan dakwat yang digunakan oleh SPR, dan nama mereka masih belum dipotong, maka ‘orang-orang mereka’ yang telah bersedia di situ, tetap akan memulakan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus juga.  

Objektifnya satu sahaja iaitu menuduh SPR tidak telus serta menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya tidak ditolak.  

Apa yang PR terlepas pandang ialah, tidak logik jika menuduh SPR atau UMNO/BN/Kerajaan yang memanipulasi dakwat kekal kerana terbukti sejak dari mula lagi SPR, UMNO, BN atau Kerajaan begitu keberatan untuk menggunakan sistem itu.  Tentulah lebih logik jika pihak yang mendesak penggunaan sistem itu, iaitu PR sendiri, yang sebenarnya mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya.  

Rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh seperti penyokong PR yang sanggup menelan apa saja yang disumbat ke minda mereka.  Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian.  Buktinya, Malaysia kekal aman di bawah pemerintahan BN selama lebih separuh abad.  

Lagipun, bukan sekali PR berbuat silap sebegini.  Sebelum insiden Lahad Datu, PR juga yang begitu sibuk sekali membangkitkan soal ‘Sabah nak hilang’.   Begitu juga sebelum demo BERSIH bertukar ganas, PR juga yang sibuk membangkitkan soal keganasan polis.   Taktik yang sama digunakan dalam isu dakwat kekal ini, iaitu menuduh ia bakal dimanipulasi BN, di mana PR sendiri yang akan memanipulasinya.  

Untuk pengetahuan PR, taktik itu sudah tidak laku kerana rakyat sudah kenal siapa mereka.  

Sebuah perjuangan tanpa asas, tanpa isu yang ‘solid’, ‘valid’ atau ‘genuine’ memanglah sukar untuk diteruskan.  Fitnah dan penipuan perlu sering diperbaharui di mana akhirnya pasti memakan diri.  

Walaupun taktik ini telah terbongkar, jangan kita sekali-kali menyangka yang PR tidak akan meneruskannya.  Percayalah yang mereka tetap akan mencubanya kerana mereka tahu ada di kalangan penyokong mereka dan rakyat Malaysia yang tidak mendapat maklumat mengenainya serta bakal percaya kepada apa saja pembohongan mereka.  

Kesimpulannya, PR benar-benar bergantung kepada undi dari golongan yang buta tuli dan yang tidak mendapat maklumat untuk menang dalam PRU kali ini.  Justeru, andainya BN dapat memastikan semua rakyat mendapat maklumat yang tepat, maka yang tinggal menyokong PR tentulah di kalangan buta tuli sahaja.  

Apapun, semua pihak harus berjaga-jaga bagi memastikan taktik kotor PR tidak menjadi pada hari pengundian nanti.  Kamera, CCTV, pemerhati dan pemantau wajar diletakkan sebanyak mungkin bagi memastikan PRU-13 berjalan lancar, bersih dan adil sepertimana biasa.  




No comments:

Post a Comment

Member BSK