Jumlah Pengunjung

Monday 17 June 2013

ANWAR KELENTONG JUMPA NAJIB DI JAKARTA !!!



PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bergambar bersama para pelajar Malaysia ketika majlis makan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia, di Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hari ini. Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan.
Entah apa yg Anwar kelentong pada pencacai dia baru2 ni sampaikan pencacai dia percaya kata dia bahawasanya Perdana Menteri Malaysia akan berjumpa dengannya di Jakarta. Tak habis2 dengan propaganda bodoh dari dulu hingga sekarang semata untuk mencetuskan suasana panas politik malaysia. Kesian dapat aku katakan pada pencacai mereka yg masih menjadi keldai anwar. 

Alhamdulillah aku lihat skrg setiap tindakan bodoh anwar sudah mula menjadi bahan ketawa untuk rakyat setiap hari. Ini bermakna makin ramai rakyat malaysia yg sudah mengetahui sikap jahat anwar dan perangai buruknya. Untuk mengetahui komen dari Najib tentang isu ini, korang boleh baca di bawah...



Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menafikan beliau bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini seperti yang digembar-gemburkan portal berita propembangkang, The Malaysian Insider.
 
Menurut Perdana Menteri, beliau juga pada masa sama tidak ada sebarang perancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Tidak ada... tidak ada... tidak ada perjumpaan (dengan Anwar) dan saya pun tidak tahu siapa yang sebarkan berita itu.

"Memang tidak ada perancangan. Secara kebetulan dia (Anwar) di sini (Jakarta) dan saya juga di sini," kata Mohd Najib kepada wartawan selepas majlis makan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di dewan serbaguna Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.


No comments:

Post a Comment

Member BSK