Jumlah Pengunjung

Friday 21 June 2013

MURID SEKOLAH DI BUNUH OLEH AHLI PAS !!!




Kerana membangkitkan ALTANTUYA pasuai membunuh SAIFUL SYAZANI 7 TAHUN.....



Masih ingat lagi anak kecil bernama Saiful Syazani yang berusia 7 tahun, dibelasah oleh seorang ustaz PAS di sekolah agama milik penuh parti itu di Perlis yang berakhir dengan kematian tragis? Barangkali juga anda telah membaca alasan-alasan yang diberikan oleh para pencacai Pakatan Rakyat menerusi blog dan portal berita untuk membela guru berkenaan yang turut berhadapan dengan tuduhan memiliki dadah.

Bapa kepada kanak-kanak malang itu, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, tidak dapat melupakan bagaimana anaknya diikat, didera dan dihumban ke dinding oleh pengikut dan kakitangan PAS itu. Dia tidak dapat memaafkan pembunuh anaknya. Lebih-lebih lagi, kejadian yang meragut anaknya itu merupakan kejadian kedua melibatkan kakitangan PAS yang sama. 



Sesuatu yang sangat menarik dan perlu diperhalusi di sini ialah tahap sokongan yang ditunjukkan oleh pencacai-pencacai PAS. Ketika kematian Aminul Rasyid yang ditembak oleh polis selepas cuba melarikan diri dengan memandu laju serta mendatangkan bahaya kepada orang lain, para pencacai PAS bertungkus lumus untuk mewujudkan kesalahan kepada anggota polis terbabit. 

Begitu juga dalam kes Teoh Beng Hock, bersungguh-sungguh benar mereka cuba menggambarkan bahawa SPRM adalah pembunuh Cina tersebut. Dalam kes Anwar Ibrahim pula, mereka tidak pernah jemu-jemu untuk mempertahankan Anwar walaupun Anwar meludah atas kepala Presiden dan Mursyidul Am PAS.

Namun dalam kes pembunuhan Saiful Syazani, tiada seorang pencacai PAS pun yang berani mengecam kesalahan yang dilakukan oleh kakitangan PAS itu. Mereka tidak langsung memperkatakan tentang tahap pendidikan di sekolah terbabit yang dimiliki penuh oleh PAS. 

Kalau ada pun, cumalah Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) yang cuba menyatakan bahawa guru penjenayah itu tidak bersalah, sebaliknya meletakkan kesalahan kepada kanak-kanak malang yang telah dibunuh. Mereka cuba menimbulkan beberapa bukti serta pengakuan yang menunjukkan guru terbabit adalah guru yang sangat bertanggungjawab, penyayang dan tidak pernah mendera kanak-kanak itu. 

Anehnya, dalam kes liwat dan melanggan pelacur, bersungguh-sungguh para pencacai PAS membela sampaikan tunggang langgang segala teori mereka sendiri. Namun apabila membabitkan nyawa dan keadilan untuk seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang dibunuh oleh suspek yang merupakan sebahagian daripada anggota kaum mereka, masing-masing cuba menjadi pekak, tuli dan TIDAK BERHATI PERUT. 

Ternyata bagi para pencacai PAS, nyawa seorang kanak-kanak yang dibunuh oleh suspek yang merupakan ahli PAS, tidak bernilai langsung, berbanding kemaluan seorang pemimpin mereka yang perlu dibela dan diselamatkan selepas melakukan pelbagai keaiban!!!

Bayangkanlah kalau suspek yang membunuh kanak-kanak berusia 7 tahun itu adalah seorang guru KEMAS atau guru sekolah kerajaan... barangkali tidak cukup ruang di Internet akan mereka gunakan untuk meroyan dan mencerca!!!




Sumber : ASSU


No comments:

Post a Comment

Member BSK