Jumlah Pengunjung

Monday 10 June 2013

SUARA ANAK HARAM CABAR HAK MELAYU LAGI !!!




Pengarah Suaram, Kua Kia Soong baru-baru ini dilaporkan membuat satu kenyataan meminta kerajaan memansuhkan dasar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang hanya menerima kemasukan pelajar dari bumiputera.

Kua turut menekankan bahawa, dasar tersebut telah melanggar Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman.

Tidak cukup dengan itu, Kua turut mengatakan dasar enrolment UiTM adalah hipokrit kerana ia merupakan institusi awam yang dibiayai 100 peratus dari wang pembayar cukai.

Menarik bukan!!!! Isu yang suatu ketika dahulu merupakan satu perkara yang cukup sensitif untuk diperkatakan kerana menyentuh mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu telah sewenang-wenangnya diperkatakan dengan secara terbuka.

Hanya kerana cadangan yang dibuat oleh Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad untuk meminta kerajaan mengkaji semula sekolah vernakular kerana dirasakan menjadi batu penghalang kepada perpaduan negara, Kua dengan pantas menyerang institusi yang banyak melahirkan graduan Melayu dan Bumiputera itu.

Sedangkan pada hakikatnya keputusan PRU13 yang lalu jelas memperlihatkan polarisasi kaum antara Melayu dan Cina yang saling bergerak pada dua landasan selari namun mempunyai perbezaan yang ketara.

Sebahagian besar Cina memilih pengasingan atau mengasingkan diri dari menerima sosio-budaya dan sosio-etnik Melayu. Pengasingan yang berlaku secara besar-besaran ini ditambah pula dengan pengaruh DAP yang sering mengunakan isu-isu sensitif sebagai modal menarik sokongan.

Itu belum lagi diambil kira peranan yang dimainkan oleh Dong Zong yang jelas mahu menjadi cina-secinanya. Sebagai contoh pertubuhan ‘ultra kiasu’ itu sebelum ini berkeras menolak pengunaan silibus kerajaan dan hanya mahu mengiktiraf UEC buat para pelajarnya. Mungkin kerana risau para pelajarnya ‘cair’ dengan semangat kecinaan, mereka turut mengesa kerajaan agar mengiktiraf UEC bagi membolehkan mereka diterima untuk kemasukan di IPTA.

Mengapa ini terjadi? Apakah disebabkan kerana 97 peratus sokongan yang diterima oleh pakatan pembangkang dari masyarakat Cina, telah menyebabkan mereka semakin berani dan kurang ajar? Atau mungkinkah disebabkan kerana pendekatan yang digunakan oleh Anwar Ibrahim dan DAP yang sering menggunakan isu sensitif seperti ini untuk menarik undi?

Apa pun jawapannya, kenyataan Kua ini tidak seharusnya dipandang ringan oleh kerajaan khususnya pihak berkuasa. Ini kerana, sekiranya perkara ini tidak dipandang serius semakin banyak isu yang akan ‘mereka’ bangkitkan semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Memetik kata-kata Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, agenda Melayu (Islam) mesti diteruskan. Jati diri mesti diperkasakan. Melayu tidak boleh hanyut dalam arus sekular. Hati Melayu tidak boleh mati. Ini kerana bangsa lain, tidak pernah cairkan identiti mereka atas semangat 1Malaysia.




1 comment:

  1. Hello heloo Suaram , apa lu mau lagi .. kata orang melayu ' jangan dijolok sarang tebuan'

    Kalau lu betoi2 berani desak dudlu Dong Zong , hapuskan sekolah china dalam negara ini, dah sedai semua baru kita sama sama fikir hapus kuota untuk kaum bukan bumiputra bagi memasukki Uitm.

    Apa lu berani

    ReplyDelete

Member BSK