Jumlah Pengunjung

Tuesday 18 June 2013

BANGANGNYA PEMIMPIN PAS SAMPAI KENA SOUND LAGI DALAM DEWAN !!!




Pemimpin-pemimpin Pas Kelantan ditempelak kerana masih menabur tuduhan dan cuba meracun fikiran rakyat dengan dakwaan kononnya Kerajaan Pusat menganaktirikan negeri ini daripada menerima pelbagai jenis bantuan.
 
Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kawasan Nenggiri, Yusof Mat Ghani berkata, ia adalah tuduhan tidak berasas jika melihat kepada laporan Kementerian Kewangan yang menunjukkan Kelantan merupakan penerima bantuan terbanyak daripada Pusat di Pantai Timur berbanding Pahang dan Terengganu.

Selain itu katanya, bantuan Pusat sebanyak RM381 juta yang dikeluarkan tahun lalu telah dimasukkan terus ke dalam akaun Kerajaan Pas Kelantan, justeru tidak timbul masalah Kelantan diabaikan seperti yang didakwa.
"Macam mana jadi anak tiri kalau Kelantan menerima bantuan lebih banyak daripada Pahang yang hanya menerima RM359 pada tahun lalu, manakala negeri jiran kita, Terengganu hanya menerima RM277 juta setahun.

"Semua wang ini pula diberikan secara terus kepada Kerajaan Pas Kelantan melalui pelbagai sektor malah ia adalah bantuan yang diberikan setiap tahun," katanya ketika membahaskan Titah Ucapan Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V, pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Member BSK