Jumlah Pengunjung

Thursday 27 June 2013

PUNCA JENAYAH MENINGKAT KERANA PEMBANGKANG SEDIA MEMBELANYA !!!





Lagi cerita tentang mahkamah di Malaysia yang hukum serta undang-undang yang digunapakai, kelihatan sangat bercelaru dan terbalik sana sini.Sudahlah Pejabat Peguam Negara menjadi pertikaian banyak pihak ekoran tindakan-tindakan yang diambilkelihatan ‘terlalu misteri’, tetapi juga pertimbangan yangdibuat oleh para hakim dan majistret juga, kelihatan terlalu mencurigakan.
Selepas kali terakhir Majistret bernama Norashikin Sahat membuat keputusan kontroversi membebaskan Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar serta merta dan tidak membenarkan tahanan reman oleh polis hanya kerana menurutnya, polis tidak menyatakan individu khusus yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.
Walhal permohonan yang dibuat oleh polis adalah untuk siasatan yang lebih menyeluruh bagi tujuan pendakwaan. Tindakan majistret tersebut memberikan gambaran seolah-olah polis telah melakukan tangkapan secara rambang, tidak mempunyai asas dan suka-suka nak tangkap suspek.
Itu satu kes. Kes-kes sebelumnya melibatkan hakim dan mahkamah di Malaysia apabila membabitkan isu-isu atau kes-kes yang berkaitan dengan politik atau yangdipolitikkan juganampaknya turut mengundang tahap pemikiran yang sangat tinggi untuk memikirkan mengapa keputusannya jadi sebegitu rupa.
Selepas Mahkamah Rayuan membenarkan seorang peguam bukan Islam menjadi peguam syarie, semalam Mahkamah Tinggi pula menganugerahkan RM801,700 dan tambahan RM50,000 sebagai gantirugi teladan kepada keluarga penjenayah A.Kugan setelah hakim dalam perkiraan dan pertimbangannya secara tidak langsung menyatakan bahawa polis sengaja membunuh lelaki India itu di dalam tahanan!
A.Kugan mati ketika dalam tahanan lokap Balai Polis Subang Jaya pada tahun 2009. Kematiannya telah disensasikan oleh peguam-peguam PKR terutama sekali oleh N.Surendran dan Sivarasa Rasiah. Ibunya, Indra Nallathamby, 43, pada Januari tahun lepas, menfailkan saman sivil untuk menuntut kerugian RM100 juta daripada kerajaan dan polis yang didakwanya melakukan ‘pembunuhan kejam’ terhadap anaknya itu setelah menerima nasihat daripada barisan peguam India PKR.
Ketua Polis Selangor pada ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang kini merupakan Ketua Polis Negara, pegawai polis Navindran Vivekanandan, Ketua Polis Subang Jaya ketika itu, Zainal Rashid Abu Bakar (telah meninggal dunia) termasuklah Ketua Polis Negara pada waktu itu, dan Kerajaan Malaysia telah dinamakan sebagai defendan.
Keputusan melibatkan A.Kugan dan hadiah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada keluarga penjenayah berkenaan, telah membuka satu ruang baru iaitu PENJENAYAH DIBELA, POLIS DICERCA. Sekaligus memberi makna bahawa menurut sistem perundangan di negara ini, penjenayah merupakan raja dan tidak boleh disentuh. Sebarang perbuatan yang melibatkan kematian mereka, akan dianggap mengacau hak asasiseorang penjenayah.
Justeru, kalau apa pun yang mereka ingin lakukan, maka polis perlu melakukan dengan penuh sopan santun. Polis tidak boleh meninggi suara sama sekali kepadapara penjenayah. Kalau perlu digari, permohonan perlulah dibuat secara tapisan dan rundingan.
Untuk melakukan siasatan, polis hendaklah menjemput para penjenayah ke balai polis. Kalau penjenayah enggan berbuat demikian, maka polis tidak boleh berbuat apa-apa, memandangkan terdapat ramai peguam terutama sekali yang menentang kerajaan sudi untuk membela mereka.
Barangkali akan ada pihak yang sakit hati dan melihat sebarang keputusan mahkamah yang tidak disenangi dan dirungutkan, menganggap perlaksanaan perjalanan undang-undang itu sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah atas dasar politik semata-mata. Apatah lagi keputusan berkenaan hanya melibatkan kaum India.
Sekaligus pada masa yang sama, sebarang keputusan mahkamah di Malaysia dilihat tidak berkredibiliti dan terlalu politik sifatnya!
Adakah ini keadilan yang dimaksudkan? Adakah ini sebenarnya tujuan mahkamah ditubuhkan di negara ini iaitu untuk membantu pihak-pihak tertentu meraih populariti mudah dengan menjadikan undang-undang negara dan tahap keselamatan rakyat Malaysia yang tidak terlibat dalam jenayah mahupun yang menjadi mangsa jenayah, sebagai bahan mainan mereka?

Yang pasti dalam kes ini, sekali lagi polis yang tugas mereka menjaga keselamatan dalam negeri, dipersalahkan kerana kematian seorang penjenayah. Dan akibat daripada kematian penjenayah tersebut, maka polis serta rakyat Malaysia perlu membayar ganti rugi kepada keluarga si penjenayah terbabit kerana Hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskannya!




No comments:

Post a Comment

Member BSK