Jumlah Pengunjung

Saturday 29 June 2013

POLIS MALAYSIA PERLU BUAT PERUBAHAN !!!





Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta pasukan polis supaya menggunakan pendekatan lebih canggih dalam usahanya mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap pasukan itu.

Katanya, menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) semata-mata belum memadai sebaliknya perlu menggunakan semua pendekatan termasuk melalui publisiti media alternatif dan media arus perdana untuk memaklumkan masyarakat mengenai peranan serta kejayaan pasukan itu.

"Dedahkan peranan, beritahu tugas polis, bermula sebaik sahaja keluar dari pusat latihan dan kita perlu beritahu bahawa hanya orang yang betul-betul terpilih menganggotai pasukan ini," katanya ketika berucap pada majlis makan malam meraikan beliau di sini malam tadi.

Dr. Wan Junaidi berkata, walaupun seribu perkara kebaikan dilakukan dan kejayaan yang dicapai anggota keselamatan namun jika terdapat satu perkara buruk berlaku ia akan memadam semua kebaikan dan kejayaan itu.

"Kejadian jenayah seperti ragut dan samun yang berlaku lebih dihebohkan walaupun kadar jenayah menurun di kebanyakan tempat, sedangkan kematian polis berkorban untuk negara tidak diendahkan," katanya. - BERNAMA





No comments:

Post a Comment

Member BSK