Jumlah Pengunjung

Thursday 10 October 2013

10,000 RUMAH MAMPU MILIK UNTUK ANAK MUDA MELAYU !!!



Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memperuntukkan sehingga RM650 juta untuk membina antara 5,000 dan 10,000 buah rumah mampu milik dalam tiga variasi baharu mulai tahun depan.
Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, tiga variasi itu, akan diberi subsidi antara RM15,000 hingga RM20,000 bagi membolehkan rakyat negara ini memiliki rumah.

Katanya, bagi rumah berharga RM65,000 kerajaan akan memberi subsidi sebanyak RM20,000, rumah berharga RM55,000 akan mendapat subsidi RM17,500 manakala rumah berharga RM45,000 akan memperoleh subsidi sebanyak RM15,000.

''Pada masa kini SPNB menyediakan 54 reka bentuk yang boleh dipilih oleh pembeli mengikut cita rasa mereka," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam bahawa kerajaan akan menyediakan subsidi antara RM15,000 dan RM20,000 bagi membolehkan rakyat membeli rumah mampu milik.

SPNB akan membina tiga jenis rumah mampu milik dengan tiga bilik tidur berharga RM65,000, RM55,000 dan RM45,000 dan Bajet 2014 yang bakal dibentangkan di Parlimen pada 25 Oktober disifatkan sebagai bajet 'mesra rakyat' yang memberikan tumpuan kepada mengadakan kediaman mampu milik dan membangunkan infrastruktur.

''Melalui variasi baharu ini, pembeli boleh menduduki rumah mereka dalam tempoh lima bulan setelah mereka memeterai perjanjian dengan SPNB berbanding tempoh setahun sekarang.
''Kami yakin dapat menawarkan jawapan kepada masalah perumahan rakyat yang dihadapi sekarang," katanya.

Kamarul Rashdan berkata, bagi memudah dan mempercepatkan proses pembiayaan, empat bank telah bersetuju membantu membiayai pembelian rumah itu.
Katanya, bank berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat.

''Di bawah Skim Al-Qardhul Hassan pembeli rumah mungkin hanya membayar RM270 sebulan selama 20 tahun bagi rumah yang berharga RM65,000," katanya.

Ditanya tentang syarat mendapat subsidi berkenaan, beliau berkata, pendapatan isi rumah pemohon mestilah di bawah RM3,000 dan mereka perlu memiliki tanah untuk dibina rumah tersebut dan belum pernah memiliki rumah sebelum ini.

Beliau berkata, rumah berkenaan akan dibina menggunakan Industrial Building System (IBS) supaya pembinaan rumah tersebut dapat disiapkan dalam masa yang lebih cepat lagi.
''Bagi memastikan rumah yang dibina ini tidak mudah bertukar tangan, kita akan mengenakan moratorium tertentu seperti tempoh lima tahun sebelum ia dijual kepada orang lain," katanya.

Sambil menyatakan pihaknya menerima 8,000 permohonan untuk membina rumah berkenaan setahun, Kamarul Rashdan berkata, kepada sesiapa yang ingin membina rumah mampu milik variasi baharu, permohonan sedang dibuka untuk membolehkan pembinaan dapat dilakukan tahun depan.

''Setiap tahun ini, kita menganggarkan permohonan untuk membina rumah adalah dalam jumlah yang sama setiap tahun dan melalui mekanisme baharu ini masalah perumahan rakyat akan dapat diatasi," katanya.

Kamarul Rashdan



No comments:

Post a Comment

Member BSK