Jumlah Pengunjung

Wednesday 23 October 2013

ADAKAH ESOK AKAN TERJADI PERGADUHAN SERAMAI 4000 PENYOKONG ???



Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat perancangan rapi bagi memastikan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berjalan lancar esok.

Ketua Polis Negeri Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihaknya menjangka hampir 4,000 penyokong kedua-dua parti akan berhimpun di pusat penamaan calon yang diadakan di Dewan Dato' Madi di sini.
"Setakat ini, saya difahamkan, hanya dua parti akan bertanding. Kita telah berjumpa wakil parti untuk memberi penerangan mengenai pergerakan penyokong esok.

"Polis bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memastikan tidak ada pertembungan antara penyokong parti. Masjid Badlishah dan Rumah Budi yang terletak dalam jarak 100 meter akan menjadi lokasi penyokong-penyokong parti berkumpul," kata Ahmad.

Beliau bercakap demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini.
Pihak polis juga telah menyediakan 10 unit Light Strike Force (LSF) dan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang diletakkan dalam jarak 50 meter dari pusat pencalonan untuk menghadapi segala kemungkinan.
Sebanyak 100 pas terbuka untuk setiap parti politik juga disediakan bagi pemimpin dan penyokong parti memasuki pusat penamaan calon.

Sementara itu jalan utama ke pusat penamaan iaitu Jalan Kelab dan Jalan Pantai Murni akan ditutup seawal 7 pagi sehingga pukul 11 pagi.








No comments:

Post a Comment

Member BSK