Jumlah Pengunjung

Monday 21 October 2013

WAJIB BACA... BERITA MELEGAKAN RAKYAT MALAYSIA DARI NAJIB !!!



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memahami potongan subsidi minyak yang diumumkan sebelum ini merupakan perkara yang berat untuk diterima beberapa golongan masyarakat di negara ini.

Perdana Menteri sehubungan itu berkata, beliau ingin meyakinkan semua rakyat terutama golongan berpendapatan rendah, langkah-langkah yang sesuai akan diambil untuk membantu mereka mengatasi kenaikan harga tersebut.

"Kerajaan akan melaksanakan langkah ini secara beransur-ansur dan harga barangan terkawal serta perkhidmatan akan terus dipantau untuk memastikan tidak dieksploitasi mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya menerusi blog www.1malaysia.com.my hari ini.

Najib berkata, amat penting bagi kerajaan merasionalkan beberapa subsidi sedia ada termasuk harga minyak bagi membantu negara mengharungi keadaan ekonomi global.

Menurutnya, beliau percaya kerajaan perlu mengambil langkah masa panjang untuk mengurangkan kebergantungan kepada subsidi kerajaan pada masa ini supaya tidak akan membebankan generasi akan datang.

"Kita harus ingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara pengeksport petroleum yang kecil, namun penggunaan domestik kita sangat tinggi. Walaupun kita mengeksport petroleum kita ke luar, kita juga terpaksa mengimport petroleum dari negara-negara lain untuk penggunaan domestik.

"Kita tidak boleh mengambil langkah fiskal yang tidak bertanggungjawab dan terus menerus mengeluarkan RM10 hingga RM20 bilion dari kewangan negara bagi tujuan subsidi minyak, sedangkan wang ini boleh disalurkan kepada bidang-bidang lain yang lebih penting seperti pendidikan dan peningkatan infrastruktur," katanya.

Najib berkata, pada September lalu, beliau mengumumkan langkah memotong subsidi minyak sebanyak 20 sen yang secara langsung menyebabkan kenaikan harga minyak.

Namun, jelas beliau, walaupun langkah merasionalkan subsidi itu diambil kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Beliau berkata, bagi tahun ini, sebanyak RM24.8 bilion telah diperuntukkan untuk subsidi minyak.
Katanya, harga petrol terutama RON95 di Malaysia masih rendah berbanding negara Asia lain iaitu RM4.74 seliter di Thailand, Filipina (RM5.44) dan Indonesia (RM3.05).

"Pada Jun lalu pula, kerajaan Indonesia terpaksa menaikkan harga petrol sehingga 44 peratus. Langkah tersebut sangat tidak popular, namun kerajaan Indonesia sedar terpaksa ambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki ekonomi negara itu," katanya.

Najib berharap langkah yang perlu dilaksanakan kerajaan kelak akan disambut baik dengan hati terbuka semua pihak sambil bekerjasama mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi.








No comments:

Post a Comment

Member BSK