Jumlah Pengunjung

Saturday 12 October 2013

SENARAI KEPUTUSAN PEMILIHAN UMNO UNTUK SETAKAT INI !!!



Muka baharu, Mas Ermieyati Samsudin terus mengumpul sokongan apabila memperoleh 30 undi, meninggalkan pencabarnya, Jamilah Hanim Othman dengan sembilan undi.

Berdasarkan keputusan pengundian yang dikeluarkan UMNO setakat 8.30 malam, jawatan Naib Ketua Puteri menyaksikan persaingan sengit antara Zahida Zarik Khan yang memperoleh 18 undi berbanding Norsabrina Mohd Nor (15) dan Nazliah Ali (lima).

Kiraan undi bagi penyandang Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin menunjukkan perbezaan ketara apabila kedua-duanya jauh meninggalkan pencabar masing-masing. 

Shahrizat setakat ini, memperoleh 23 undi manakala Khairy 18 undi berbanding pencabar mereka yang belum mendapat sebarang undi.

Di peringkat Naib Ketua Wanita pula, Datuk Azizah Mohd Dun memperoleh 17 undi manakala Datuk Suraya Yaacob, enam undi.

Bagi persaingan Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun meraih tujuh undi diikuti Mohamad Iruan Zulkefli (lima), Jamawi Jaafar dan Lokman Noor Adam masing-masing tiga undi.
Berikut keputusan pemilihan bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno peringkat pusat setakat 8.30 malam yang dikeluarkan UMNO:

WANITA - KETUA: 1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil: 23 undi; 2. Raihan Suleiman Palestin: 0 undi; 3. Datuk Maznah Mazlan: 0 undi. NAIB KETUA: 1. Datuk Azizah Mohd Dun: 17 undi; 2. Datuk Suraya Yaacob: 6 undi.

PEMUDA - KETUA: 1. Khairy Jamaluddin: 18 undi; 2. Syed Rosli Syed Harman: 0 undi; 3: Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi: 0 undi; 4. Irwan Ambak Khalid Izhar: 0 undi; 5. Abd Karim Ali: 0 undi. NAIB KETUA: 1. Khairul Azwan Harun: 7 undi; 2. Mohamad Iruan Zulkefli: 5 undi; 3. Jamawi Jaafar: 3 undi; 4. Lokman Noor Adam: 3 undi.

PUTERI - KETUA: 1. Mas Ermieyati Samsudin: 30 undi; 2. Jamilah Hanim Othman: 9 undi. NAIB KETUA: 1. Zahida Zarik Khan: 18 undi; 2. Norsabrina Mohd Nor: 15 undi; 3. Nazliah Ali: 5 undi.






No comments:

Post a Comment

Member BSK