Jumlah Pengunjung

Monday 28 October 2013

ABBY CERAMAH SAMBIL TELANJANG PON ORANG TAK NAK DATANG !!!



Sunyi sepi! Itulah keadaannya apabila Pas terpaksa membatalkan program ceramah mereka di UPU Sungai Daun, Sungai Limau malam tadi.

Ceramah itu dibatalkan ekoran sambutan yang mengecewakan oleh penduduk di situ. Walaupun ceramah itu bakal menampilkan penceramah tersohor Pas, Abby Abadi, namun kehadiranya tetap gagal menarik minat orang ramai hadir ke program itu.

Pembatalan ceramah itu sudah pasti memberi tamparan kepada Pas yang terdesak untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil pada kali ini.

Difahamkan, Abby seterusnya menuju ke UPU Matang Buluh untuk memberi ceramah di sana selepas tidak mendapat sambutan di UPU Sungai Daun.




No comments:

Post a Comment

Member BSK