Jumlah Pengunjung

Saturday 12 October 2013

COMFIRM KJ DAH MENANG !!! HEHE



Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin diramal tidak menghadapi halangan besar untuk mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan kedua-dua sayap itu yang akan berlangsung serentak di seluruh negara esok.
 
Sehingga semalam, bacaan kedudukan calon-calon yang bertanding bagi kedua-dua jawatan itu jelas menunjukkan mereka mendahului lawan masing-masing.

Bagi jawatan Ketua Puteri pula, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dilihat mendahului lawannya Ketua Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Osman.
Walau bagaimanapun sama ada ramalan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, akan ditentukan oleh 220,000 perwakilan daripada ketiga-tiga sayap itu. 

Mengikut pecahan perwakilan Wanita UMNO paling banyak iaitu sekitar 100,000 perwakilan diikuti Pemuda (70,000 perwakilan) dan Puteri (50,000 perwakilan).

Kejayaan Shahrizat dan Khairy jika terus diberi mandat memimpin Wanita dan Pemuda UMNO bukanlah satu kejutan sebaliknya diramalkan sejak awal lagi.

Ini memandangkan selain berhadapan dengan pencabar yang dilihat 'tidak begitu bertaring', Shahrizat dan Khairy juga diiktiraf berjaya mengemudi kedua-dua sayap UMNO itu dengan cemerlang.

Shahrizat berhadapan dengan dua pencabar iaitu bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO bahagian Kulim Bahru, Raihan Suleiman Palestin.

"Kedudukan Shahrizat dilihat agak sukar digugat, beliau mendapat sokongan hampir keseluruhan Wanita UMNO bahagian di seluruh negara. Semua itu adalah hasil kegigihan beliau dalam menjalin hubungan dengan ahli-ahli pergerakan itu khususnya di peringkat akar umbi.

"Maznah pula, saya tidak lihat bagaimana beliau mampu menggugat kedudukan Shahrizat manakala Raihan pula saya anggap tidak mampu memberi saingan sengit," kata seorang pemimpin kanan UMNO kepada Utusan Malaysia, ketika ditemui di sini hari ini.

Bagi jawatan Ketua Pemuda pula, pemimpin kanan itu berpendapat, kedudukan Khairy diramal sukar digugat dan pertarungan lima penjuru memberi kelebihan kepada beliau.

Tambahan pula kata pemimpin tersebut, pencabar Khairy yang kesemuanya bertaraf ketua cawangan iaitu Abdul Karim Ali, Irwan Ambak, Akhramsyah Sanusi dan Syed Rosli Syed Harman tidak akan mampu menandingi 'track record' Khairy dalam parti dan kerajaan.

"Saya berpendapat, cabaran mereka sekadar untuk memastikan Khairy tidak menang tanpa bertanding sahaja, tetapi kita tetap menghormati kehadiran mereka dalam pemilihan kali ini," katanya.
Untuk jawatan Ketua Puteri pula biarpun dilihat sengit namun kedudukan sebagai Ahli Parlimen memberi kelebihan kepada Mas Ermieyati Samsudin.

"Puteri UMNO tentu mengharapkan kejayaan Mas Ermieyati akan membuka laluan untuk pergerakan itu menempatkan seorang lagi di dalam kedudukan strategik dalam pentadbiran kerajaan di peringkat Pusat," katanya.

Pemilihan UMNO kali ini bukan sahaja mencatatkan sejarah dari segi jumlah perwakilan yang akan memilih barisan kepimpinan tetapi juga menggunakan sistem elektoral.

Menerusi sistem tersebut, satu bahagian dikira satu undi dalam menentukan barisan kepimpinan parti di peringkat Pusat tetapi di peringkat bahagian, barisan kepimpinan ditentukan berdasarkan undi majoriti.
Jika berlaku seri bagi jawatan di peringkat pusat, keputusan calon mana yang bakal menduduki jawatan yang dipertandingkan akan diputuskan berdasarkan undi popular hasil pilihan keseluruhan perwakilan.





No comments:

Post a Comment

Member BSK